Terdapat 777 berita berdasarkan kata kunci carian "ree"

Aktiviti Ambil Untung Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri momentum peningkatannya selama dua hari berturut-turut apabila ditutup rendah hari ini ketika pelabur mengambil untung di tengah-tengah sentimen berhati-hati, sekali gus memaparkan prestasi penyusutan pasaran serantau.

Bursa Malaysia Susut Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia menyusut semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh perkhidmatan kewangan, produk dan perkhidmatan perindustrian, serta sektor telekomunikasi dan media.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, menjejaki peningkatan semalaman Wall Street ketika sentimen dipacu oleh pemulihan minat terhadap aset berisiko susulan keuntungan diraih oleh Bitcoin.

China Beri Isyarat Mahu Perkukuh Perdagangan Dan Pelaburan, Cadang MOU - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- China telah memberi isyarat mengenai hasrat untuk memperkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan dengan Malaysia melalui cadangan memorandum persefahaman (MOU), susulan perbincangan mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) di Beijing baru-baru ini.

Prestasi Kukuh Ringgit Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini meskipun prestasi lemah di Wall Street, disokong oleh pengukuhan ringgit yang terus meningkatkan sentimen pelabur.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Indeks Utama Naik 1.09 Peratus

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi dengan indeks utama itu meningkat 1.09 peratus, seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau yang turut mencatat kenaikan menjelang pengumuman beberapa data penting.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Kenaikan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, menjejaki peningkatan di Wall Street pada Jumaat berikutan sentimen keseluruhan telah didorong oleh jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan pada Disember, dengan kebanyakan pelabur menjangka penurunan selanjutnya sebanyak 25 mata asas.

Maharani Freeport Dijangka Wujud 45,000 Pekerjaan, Perkukuh Rantaian Bekalan - PM Anwar

MUAR, 29 Nov (Bernama) -- Pelancaran Maharani Freeport dijangka mewujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan dan meningkatkan daya saing logistik maritim Malaysia dan ketahanan rantaian bekalan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong Berkenan Rasmi Maharani Freeport, Pelabuhan Bebas Cukai Tenaga Pertama Negara

MUAR, 29 Nov (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat merasmikan pelabuhan bebas cukai tenaga pertama negara Maharani Freeport di Kompleks Maharani Energy Gateway (MEG), Tanjung Emas di sini.

Bursa Malaysia Akhiri Dagangan Minggu Ini Dengan Ditutup Rendah

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah pada Jumaat, dipengaruhi kekurangan petunjuk daripada Wall Street, ketiadaan pemangkin baharu, serta penjualan.

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia dibuka hampir mendatar pada Jumaat dan rendah dalam dagangan awal berikutan kekurangan pemangkin baharu dalam sentimen yang kurang menggalakkan susulan penutupan Wall Street sempena Thanksgiving Day.

FBM KLCI Dibuka Tinggi Jejaki Pengukuhan Prestasi Wall Street

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, meneruskan aliran kenaikan dalam persekitaran sentimen yang semakin positif selepas pengukuhan di Wall Street dan pasaran global.