15hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Fasa pertumbuhan seterusnya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bergantung kepada sejauh mana data transaksi dimanfaatkan secara strategik, menurut syarikat pembayaran digital Paydibs.
15hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya rendah pada Isnin berikutan sentimen risiko yang merosot ketara disebabkan peningkatan semula konflik Timur Tengah sekali gus mencetuskan penjualan besar-besaran ekuiti di peringkat serantau.
15hari ago
PUTRAJAYA, 2 Mac (Bernama) -- Dagang NeXchange Bhd (DNeX) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan Hab Perisikan Data Bersepadu, yang menjadi sebahagian daripada inisiatif transformasi digital menyeluruh berpacukan kecerdasan buatan (AI).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Nilai ringgit terus meningkat sebanyak 4.31 peratus kepada RM3.89 berbanding dolar AS setakat 1 Mac 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika mengakhiri sesi dagangan pagi, seiring dengan pasaran serantau, berikutan sentimen berhati-hati pelabur terhadap ekuiti akibat konflik yang sedang berlaku di Timur Tengah.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada awal sesi dengan indeks utama itu merosot lebih satu peratus, sejajar prestasi kebanyakan pasaran serantau berikutan sentimen penghindaran risiko susulan perkembangan konflik di Timur Tengah.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Pengagihan kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka kekal kompetitif bagi 2026 berbanding tahun lepas, dipacu oleh strategi dan peruntukan aset dana simpanan persaraan itu, kata Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Ahmed Razman.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Penyelidikan Perbendaharaan dan Pasaran CIMB mengunjurkan kadar dasar semalaman (OPR) dikekalkan 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) 5 Mac di tengah-tengah ketidaktentuan kadar tarif Amerika Syarikat (AS).
18hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petroliam Nasional Bhd turun 18 peratus kepada RM45.4 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada RM55.1 bilion pada tahun kewangan 2024.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Tune Protect Group Bhd menyaksikan keuntungan bersihnya melonjak sebanyak RM26.45 juta pada tahun kewangan 2025 berbanding RM572,000 yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Konglomerat DRB-HICOM Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM397.97 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada RM22.55 juta bagi tahun kewangan sebelumnya.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- PT Bank CIMB Niaga Tbk mencatatkan untung sebelum cukai sebanyak IDR8.8 trilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, dengan pendapatan sesaham berjumlah IDR273.53, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan berterusan bank itu. (1 juta rupiah = RM231.2)