5bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRC) menggesa pemain-pemain perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) negara untuk menjadikan kepakaran yang telah terbukti sebagai kelebihan pada masa hadapan.
5bulan ago
PUTRAJAYA, 27 Ogos (Bernama) -- Malaysia dan Brunei komited untuk memajukan kerjasama dalam bidang tenaga, kesalinghubungan, pertanian, pelancongan dan industri halal, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Rabu.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Dialog Group Bhd untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025 merosot kepada RM303.83 juta berbanding RM575.03 juta dicatatkan pada tahun kewangan 2024.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Titijaya Land Bhd (Titijaya) mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Titijaya Development (Pulau Pinang) Sdn. Bhd. (Titijaya Development) memeterai perjanjian usaha sama dengan Mines Heights Development Sdn. Bhd (Mines Heights).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Aeon Co (M) Bhd and Aeon Credit Service (M) Bhd bercadang untuk menubuhkan dan menggabungkan syarikat usaha sama (JVCo) bagi menguruskan program kesetiaan pelanggan bersatu dan membolehkan keupayaan pengurusan digital di seluruh kumpulan Aeon di Malaysia.
6bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) - Malaysia boleh menjadi penghubung ekonomi lebih meluas antara ASEAN dan rantau Asia Selatan dan dengan kedudukan strategik sebagai hab perdagangan, pengeluaran dan pelaburan, Bangladesh mampu menawarkan peluang perniagaan yang besar.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Yinson Holdings Bhd melalui unit penyelesaian tenaga luar pesisir dan pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung (FPSO) iaitu Yinson Production, telah memulakan pajakan tetap selama 15 tahun untuk FPSO Agogo berikutan pengeluaran Sijil Kesediaan Operasi Sementara (PORC) pada 12 Ogos, 2025.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan anak syarikat perbankan global, MUFG Bank (Malaysia) Bhd menjalin kerjasama strategik untuk memacu pelaburan bernilai tinggi di Malaysia.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Citaglobal Bhd bercadang untuk mengambil alih 12.8 peratus kepentingan tidak langsung dalam Mutiara Perlis Sdn Bhd pada harga RM40 juta.
6bulan ago
Oleh M. Saraswathi & Karina Imran
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Perjalanan perbankan digital Malaysia memaparkan kemajuan yang baik dan berpotensi besar dalam membantu segmen pasaran yang tidak mendapat perkhidmatan kewangan dan kurang mendapat perkhidmatan kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
6bulan ago
PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- NanoMalaysia Bhd (NMB), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tiga syarikat bagi meneroka penggunaan sisa pertanian dalam menghasilkan gentian nano selulosa untuk aplikasi kejuruteraan lanjutan untuk penggunaan pasaran perindustrian dan akhir.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Pengerang Terminals (Two) Sdn Bhd (PT2SB) akan mengembang dan membangunkan kapasiti penyimpanan kira-kira 272,000 meter padu, melibatkan pelaburan sebanyak US$330 juta (RM1.4 bilion) termasuk kos yang berkaitan dengan perkongsian fasiliti di terminal itu.