1bulan ago
RAWANG, 11 Nov (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya yang mampu milik dan menepati kehendak nasional pada hujung bulan ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
SEPANG, 11 Nov (Bernama) -- Ekspo Pengangkutan Asia (TXA) yang akan diadakan setiap dua tahun sekali bakal menjadi platform bagi syarikat yang terlibat dalam pelbagai penyelesaian berkaitan pengangkutan untuk mempamerkan perkhidmatan masing-masing, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
1bulan ago
Oleh M.Saraswathi
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang meningkatkan perjalanan kelestariannya di bawah pelan Sifar Bersih 2050, memperluaskan inisiatif tenaga boleh baharu seperti projek solar terapung-hibrid hidro, perkongsian hidrogen dan grid rentas sempadan yang fleksibel untuk integrasi tenaga boleh baharu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Kerajaan sedang mengenal pasti kaedah terbaik untuk mengurangkan implikasi kenaikan harga kenderaan tempatan selaras dengan penguatkuasaan peraturan P.U.(A) 402/2019, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Sumber saintifik dan kewangan harus disegerakan untuk memahami dan menangani kesan perubahan iklim, memandangkan peristiwa cuaca ekstrem bukan lagi jarang berlaku tetapi berulang dan semakin meningkat, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 2 Nov (Bernama) -- Kerjasama Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) dalam mineral kritikal membuka pintu kepada kemasukan pelaburan dan teknologi AS yang baharu serta pembangunan keupayaan unsur nadir bumi (REE) hiliran daripada pengekstrakan dan pemisahan kepada pembuatan termaju.
2bulan ago
SEPANG, 31 Okt (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merancang untuk melaksanakan pelan tindakan komprehensif bagi menyelesaikan isu kebolehpercayaan berulang yang melibatkan sistem aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Sejumlah 5,149 unit pengecas kereta elektrik (EV) awam telah dipasang di seluruh negara setakat 30 September, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah sentimen optimis terhadap hubungan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata seorang peniaga.
2bulan ago
OSAKA, 28 Okt (Bernama) -- Kejayaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menarik potensi pelaburan bernilai RM12.79 bilion daripada syarikat Jepun di Ekspo 2025 Osaka menandakan keyakinan kukuh mereka terhadap ekosistem perindustrian Malaysia.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Sunway Malls memperkukuh agenda kelestariannya dengan memperkenalkan pencerna makanan pertama di Malaysia serta pencapaian pensijilan antarabangsa SIRIM, sekali gus menegaskan komitmennya terhadap nilai pengurusan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), anak syarikat kepada DRB-Hicom Bhd menyasarkan jualan tahunan sebanyak 27,000 unit bagi model supermoped terbaharu Z15GT dengan kapasiti 149.5cc.