BERITA TERKINI   Kemalangan helikopter: Dua daripada lima anggota polis terlibat kritikal, tiga stabil - KPN | Pelantikan hakim mahkamah atasan perlu ditangani dengan cermat, elak dipolitikkan - Istana Negara | Menteri Luar Australia umum program pembangunan AU$1.28 bilion untuk ASEAN bagi menyerap impak pemotongan dana USAID | CAAM sahkan kemalangan helikopter polis jenis AS355 berhampiran Sungai Pulai di Gelang Patah, Johor pagi ini, lima mangsa selamat | ASEAN sambut baik perkembangan Kod Tatalaku Laut China Selatan, harap dimuktamadkan dalam masa terdekat - Mohamad Hasan | 

Terdapat 387 berita berdasarkan kata kunci carian " donald trump "

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Sentimen Serantau

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak dapat mengekalkan kenaikan awal selain mengakhiri minggu ini dengan prestasi yang lemah apabila tekanan jualan berterusan dalam saham berwajaran tinggi serta saham permodalan sederhana, di tengah-tengah sentimen serantau yang suram.

Pertumbuhan KDNK Malaysia Berpotensi Naik Kepada 4.6 Peratus Jika Tarif AS Dibatalkan - MIDF 

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berpotensi meningkat kepada 4.6 peratus berbanding 4.0 peratus pada unjuran awal, sekiranya tarif perdagangan menyeluruh Amerika Syarikat (AS) dimansuhkan, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd. 

Keputusan Tarif AS Cetus Keyakinan Pasaran, Ketidaktentuan Masih Wujud --Penganalisis

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Sentimen pelabur bertambah baik susulan keputusan Mahkamah Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (AS) menghalang sebahagian besar tarif Presiden AS, Donald Trump terhadap import ke negara itu.

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Sekatan Mahkamah AS Ke Atas Tarif Import

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu meningkat selepas mahkamah perdagangan AS menyekat kebanyakan tarif yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump ke atas import ke negara itu.

Ringgit Pulih Untuk Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Ringgit pulih dan ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh sentimen risiko yang lebih baik terhadap mata wang tempatan itu meskipun ketidaktentuan global masih berterusan.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti belian saham berharga rendah serta prestasi positif semalaman Wall Street.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung dalam kaunter perkhidmatan kewangan di tengah-tengah sentimen berhati-hati di seluruh pasaran serantau.

ASEAN Terap Pelan Ekonomi Padu Untuk Anjakan Ke Arah Pasaran Tunggal

Komentar Oleh M.Saraswathi

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Pemimpin perkumpulan 10 anggota Asia Tenggara menerima pakai strategi ekonomi baharu yang berwawasan dengan menyasarkan ASEAN yang maju sebagai pusat pertumbuhan di rantau Asia Pasifik yang lebih besar selain melonjakkan kedudukannya sebagai ekonomi keempat terbesar dunia.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini disebabkan oleh akitiviti pengambilan dalam saham wajaran tinggi terpilih selepas penurunan Wall Street susulan ancaman tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap Kesatuan Eropah (EU), kata penganalisis.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Stabil Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan stabil minggu depan dengan kecenderungan meningkat susulan tempoh penangguhan tarif selama 90 hari oleh Amerika Syarikat (AS) yang melegakan ekonomi global.

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan bercampur-campur walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang lebih suram.

Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan bercampur-campur berikutan ketiadaan pemangkin baharu dan seiring prestasi pasaran serantau yang menguncup.