Terdapat 163 berita berdasarkan kata kunci carian " takaful"

Sun Life Malaysia Lantik Ho Teck Seng Sebagai Presiden Dan Ketua Negara Baharu

KUALA LUMPUR, 25 June (Bernama) -- Sun Life Malaysia telah melantik Ho Teck Seng sebagai Presiden dan Ketua Negaranya yang baharu, serta Ketua Pegawai Eksekutif Sun Life Malaysia Assurance Bhd berkuat kuasa 1 Julai 2025.

AIA Malaysia Perkukuh Program Pembangunan Bakat Seiring Perkembangan Digital

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Dalam era pendigitalan ketika ini ejen insurans perlu meningkatkan kecekapan digitalnya, bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dan memanfaatkan platform komunikasi dalam talian untuk mengharungi cabaran yang muncul serta beralih daripada tradisi berinteraksi secara bersemuka. 

Agrobank Sasar 70,000 Akaun Baharu Dibuka Bagi Kempen Mega Million 2.0

MELAKA, 24 Jun (Bernama) -- Agrobank menyasarkan pembukaan 70,000 akaun baharu dengan nilai deposit RM350 juta sepanjang Kempen Mega Million 2.0 dilaksanakan sejak November tahun lepas.

Tarikh Akhir Pengaktifan Semula Polisi/Sijil MHIT Dilanjutkan Sehingga 31 Ogos, 2025

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Semua penanggung insurans dan pengendali takaful bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir bagi pengaktifan semula polisi dan sijil insurans/takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) tanpa mengenakan tempoh menunggu dari 30 Jun, 2025 kepada 31 Ogos, 2025.

AmMetLife Takaful Lantik Nazrulhisham Abdul Hamid Sebagai CEO Baharu

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- AmMetLife Takaful Bhd (AmMetLife Takaful) telah melantik Nazrulhisham Abdul Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang baharu berkuat kuasa 16 Jun, 2025.

BNM, Kerajaan Laksanakan Inisiatif 'Reset' Tangani Peningkatan Inflasi Perubatan

KUALA LUMPUR, 17 Jun(Bernama) --Bank Negara Malaysia (BNM) dan kerajaan sedang berusaha melaksanakan inisiatif RESET untuk menangani peningkatan inflasi perubatan di Malaysia.

Zurich Lancar Takaful ProAspire Tawar Gabungan Perlindungan Dan Simpanan

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Zurich Takaful Malaysia Berhad hari ini melancarkan Takaful ProAspire, pelan takaful keluarga yang menawarkan gabungan perlindungan dan simpanan bagi membolehkan peserta menerima pulangan tunai setiap tahun atau setiap tiga tahun sekali.

Cawangan Baharu Di Melaka Perkukuh Komitmen Bank Muamalat Perluas Rangkaian

MELAKA, 9 Jun (Bernama) -- Pembukaan cawangan baharu Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) di Melaka yang dilancarkan hari ini mengukuhkan komitmen bank tersebut dalam memperluas rangkaian dan perkhidmatan perbankan Islam di negeri berkenaan.

MNRB Holdings Catat Untung Bersih RM394.20 Juta Bagi TK2025, Mencerminkan Daya Tahan

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd (MNRB Holdings) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM394.20 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 (TK2025), berbanding RM433.54 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya. 

Takaful Malaysia Catat Keuntungan RM94.54 Juta Pada Suku Pertama 2025, Hasil Meningkat Kepada RM1.12 Bilion

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (S1 TK2025) menyusut kepada RM94.54 juta daripada RM102.3 juta yang direkodkan bagi tempoh yang sama tahun lepas.

EXIM Bank, NAICO Dan PWNE Jalin Kerjasama Strategik Aeroangkasa Di LIMA 2025

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) memeterai kerjasama strategik dengan pihak Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara Malaysia (NAICO) dan PWN Excellence Sdn Bhd (PWNE) bagi meningkatkan inovasi, akses pembiayaan dan daya saing global sektor aeroangkasa negara ini.

Malaysia Tuan Rumah WITEX Dan WCAF 2025, Pentas Global Pelancongan Islam

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Malaysia buat julung kalinya akan menjadi tuan rumah Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Sedunia (WITEX) 2025 serta Festival Kebudayaan dan Kesenian Dunia (WCAF) 2025 di sebuah hotel di Bandar Sunway, dari 22 hingga 24 Ogos ini.