1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kenya bermula hari ini dijangka memperkukuhkan lagi hubungan dua hala serta ekonomi antara kedua-dua negara, antaranya dalam sektor ekonomi digital dan perumahan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menurunkan unjuran inflasi 2025 kepada 1.4 peratus daripada 1.5 peratus (2024: 1.8 peratus), dipacu oleh kesan deflasi susulan pelaksanaan program subsidi bersasar petrol RON95, BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Inflasi Malaysia susut kepada 1.3 peratus pada Oktober 2025, berbanding 1.5 peratus pada September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
JAKARTA, 20 Nov (Bernama) -- Tune Protect Re (Tune Protect), unit insurans semula Tune Protect Group Bhd, mengembangkan kerjasama dengan Ticket2U, platform penjualan tiket di Asia Tenggara, ke Indonesia dengan pelancaran Ticket Refund Protection dan Sports Personal Accident (PA).
1bulan ago
Daripada M.Saraswathi
ADDIS ABABA, 20 Nov (Bernama) -- Malaysia bersedia membuka akses produk seperti ayam, sarang burung dan makanan ternakan untuk dieksport ke Ethiopia selain menawarkan kepakaran penanaman sawit dan benih berkualiti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- OSK Property bakal melancarkan Bayu68, pembangunan komersil pertama di perbandaran OSK Iringan Bayu seluas 1,717 ekar di Seremban, berfungsi sebagai hab perniagaan untuk komuniti sedia ada dan populasi kawasan yang semakin meningkat serta kawasan perumahan berdekatan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- WE2025: Future in Motion yang akan berlangsung dari 25 hingga 27 Nov ini di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dijangka menjana potensi perdagangan sehingga RM100 juta.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- CelcomDigi Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM341.23 juta bagi suku ketiga (S3) berakhir 30 September, 2025, daripada RM436.98 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal stabil dan berdaya tahan meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran global, menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia yang berkembang sebanyak 5.2 peratus peratus pada suku ketiga 2025 meletakkan negara di landasan betul untuk mencapai paras tinggi sasaran pertumbuhan 2025 pada 4.0 hingga 4.8 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit pada amnya stabil berbanding dolar AS dengan sedikit penambahan nilai sebanyak 0.05 peratus pada suku ketiga 2025 dan meningkat 8.2 peratus sejak awal tahun hingga 12 Nov 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.2 peratus pada suku ketiga 2025 berbanding 4.4 peratus pada suku kedua 2025, didorong oleh permintaan dalam negeri dan pertumbuhan eksport yang lebih tinggi, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.