Terdapat 494 berita berdasarkan kata kunci carian " minyak sawit"

Prestasi Perdagangan Malaysia Tumbuh 18.2 Peratus Tahun Ke Tahun Kepada RM261.94 Bilion 

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia terus mengekalkan trajektori positif pada April 2025, meningkat 18.2 peratus tahun ke tahun kepada RM261.94 bilion, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). 

Harga MSM Dijangka Kekal RM3,750-RM4,050 Satu Tan Sebelum Pulih - MPOC

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal dalam julat RM3,750 hingga RM4,050 satu tan pada Mei sebelum kembali pulih secara beransur-ansur, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Soya

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh aliran peningkatan pasaran minyak soya, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Untung Bersih Johor Plantations Naik Kepada RM75.93 Juta Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd (JPG) mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM75.93 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 berbanding RM49.97 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Pusingan Pertama Rundingan FTA Malaysia-EU Pada 30 Jun Depan Di Belgium

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) — Pusingan pertama rundingan bagi perjanjian perdagangan bebas (FTA) baharu dan komprehensif antara Kesatuan Eropah (EU) dan Malaysia akan bermula di Brussels, Belgium, dari 30 Jun hingga 4 Julai tahun ini.

Delegasi Malaysia Di China Sasar Peluang Baharu Dalam Pasaran Minyak Sawit

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin, menyasarkan pasaran baharu berpotensi bagi minyak sawit dan mempromosikan inovasi dalam produk hiliran.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Meningkat Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan tinggi sedikit minggu depan, disokong oleh permintaan kukuh terhadap eksport baru-baru ini, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) ditutup lebih rendah pada Jumaat, sejajar dengan pasaran minyak kacang soya yang melemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Belum Ada Keputusan Mengenai Status Risiko Rendah EUDR Untuk Minyak Sawit Malaysia

Oleh Naveen Prabu Kuppusamy

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) masih belum menentukan sama ada Malaysia akan diklasifikasikan sebagai negara berisiko rendah di bawah sistem penanda aras yang bakal diperkenalkan menerusi Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR), kata Duta EU ke Malaysia Rafael Daerr.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kejatuhan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) menamatkan kenaikan selama empat hari apabila ditutup rendah pada Khamis, dipengaruhi oleh kejatuhan harga minyak kacang soya.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Pasaran Minyak Kacang Soya

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, meneruskan kenaikan dengan menjejaki aliran meningkat dalam pasaran minyak kacang soya, kata peniaga.

Inventori Minyak Sawit Malaysia Dijangka Naik 15 Peratus Pada Mei 2025 -- CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Stok simpanan minyak sawit Malaysia dijangka meningkat sebanyak 15 peratus bulan ke bulan pada Mei 2025 kepada 2.15 juta tan, dipacu oleh pengeluaran yang lebih tinggi, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.