BERITA TERKINI   Pasukan daripada pengendali lapangan terbang dan syarikat penerbangan akan terus memantau situasi bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar - MAHB | Penyedia sistem telah memulihkan sepenuhnya sistem pemprosesan penumpang global di semua lapangan terbang - MAHB | Penyedia sistem telah memulihkan sepenuhnya sistem pemprosesan penumpang global di lapangan terbang kendalian kami - MAHB | Operasi daftar masuk dan menaiki pesawat di seluruh lapangan terbang MAHB telah kembali beroperasi seperti biasa - MAHB | Pelancong dinasihatkan mengikuti panduan daripada pasukan syarikat penerbangan dan lapangan terbang di terminal, menyemak dengan syarikat penerbangan untuk maklumat terkini jadual penerbangan - MAHB | 

Terdapat 785 berita berdasarkan kata kunci carian " cimb"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Langkah Waspada Terhadap Kadar Faedah Fed

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman berikutan sentimen yang kekal berhati-hati terhadap trajektori kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Melantun Semula Disokong Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun semula daripada penurunan pada minggu lepas untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah walaupun prestasi lemah di Wall Street dan kebanyakan bursa serantau lain, kata seorang penganalisis.

Tawaran Penstrukturan Semula Kepentingan MAHB Pada RM11 Sesaham Tawar Keuntungan Segera Kepada Pelabur - CIMB

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Tawaran penstrukturan semula kepentingan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada RM11 sesaham memberikan peluang kepada pelabur untuk merealisasikan keuntungan segera, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun Wall Street rendah pada Jumaat lepas berikutan penganalisis berhati-hati bahawa lonjakan yang didorong oleh Trump mungkin tidak akan berterusan lagi selepas Parti Republikan menguasai Dewan Perwakilan dan Senat.  

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Indeks Komposit Berada Di Bawah Paras 1,600

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan hari ini dengan indeks utama ditutup pada paras terendah intra hari berikutan ketiadaan pemangkin belian di tengah-tengah kelemahan pasaran serantau ekoran ketidaktentuan ekonomi global dan kebimbangan geopolitik. 

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekang kenaikan awal apabila mengakhiri dagangan sesi pagi dengan prestasi rendah pada Jumaat, ekoran tekanan jualan dilihat di seluruh papan walaupun data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia adalah positif bagi suku ketiga 2024.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Minat Baharu Terhadap Saham Wajaran Tinggi Terpilih

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia tidak meneruskan penyusutan sebelumnya apabila ditutup tinggi hari ini berikutan minat baharu terhadap saham utiliti serta produk dan perkhidmatan industri dalam keadaan prestasi bercampur-campur oleh bursa serantau.

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini, disokong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran prestasi yang lebih lemah di pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan hari ini, dipengaruhi oleh prestasi hambar semalaman Wall Street, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Jualan Saat-saat Akhir

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia gagal mengekalkan momentum belian yang dicatatkan hampir sepanjang hari dagangan untuk ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan saat-saat akhir di tengah-tengah prestasi lemah pasaran serantau. 

Bursa Malaysia Kekalkan Momentum Meningkat Pada Tengah Hari

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia terus mengekalkan momentumnya dalam wilayah positif pada tengah hari Selasa, menyanggah prestasi penurunan di peringkat pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi, kembali meningkat berikutan prestasi Wall Street yang lebih kukuh dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.