Terdapat 3362 berita berdasarkan kata kunci carian " perkhidmatan"

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi Susulan Pelabur Meneliti Pendapatan Syarikat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini apabila pelabur meneliti laporan pendapatan syarikat selain memantau mengenai perkembangan pasaran serantau.

Kerangka Insentif Pelaburan Baharu Dilaksanakan Bermula Suku Pertama 2026 - Liew 

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kerangka Insentif Pelaburan Baharu (NIIF) akan dilaksanakan sepenuhnya bagi sektor perkilangan bermula suku pertama tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

APEC Semak Semula Prospek Pertumbuhan 2025 Kepada 3.1 Peratus Meskipun Cabaran Global

Daripada Nor Baizura Basri

GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) telah disemak semula kepada 3.1 peratus tahun ini, tinggi sedikit daripada unjuran awal pada tiga peratus, disokong aktiviti rancak perdagangan dan permintaan kukuh barangan berteknologi tinggi.

Allianz Malaysia Perkukuh Kehadiran Di Wilayah Utara Dengan Penempatan Semula Cawangan Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 30 Okt (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd sedang memperkukuh kehadirannya di wilayah utara dengan membuka cawangan baharu di Pulau Pinang hari ini.

INSP GoASEAN BizMatch Anjuran MATRADE-SME Corp Rekod Jualan Eksport RM150.37 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan kerjasama SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia) baru-baru ini berjaya merekodkan jualan eksport sebanyak RM150.37 juta menerusi Program Penyumberan Antarabangsanya (INSP).

UOB Malaysia, Prudential Lancar PRUSupreme Legacy Bagi Perancangan Kekayaan Rentas Sempadan

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- UOB Malaysia and Prudential Assurance Malaysia Bhd (PAMB) memperkenalkan PRUSupreme Legacy, pelan insurans yang membantu keluarga dengan perancangan legasi rentas sempadan dan memaksimumkan nilai warisan mereka.

Pelabur Teruskan Aktiviti Buru Saham, FBM KLCI Kekal Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari ketika pelabur terus ligat memburu saham-saham berharga rendah, terutama sektor barangan pengguna, kewangan dan utiliti.

BNM Teroka Penggunaan Tokenisasi, Pelawa Maklum Balas Awam

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menyokong pendekatan kolaboratif bagi meneroka tokenisasi atau pengewangan token dalam usaha mewujudkan pelan hala tuju selamat serta mampan untuk pembangunan perkhidmatan kewangan bertoken di Malaysia.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Penurunan Kadar Faedah AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, mengambil petunjuk daripada prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman berikutan pelabur menyambut baik penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang kedua pada tahun ini.

Bursa Malaysia Ditutup Sedikit Rendah Menjelang Keputusan Kadar Faedah Fed AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit rendah hari ini susulan para pelabur kekal berhati-hati menjelang keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat yang dijangka diumumkan malam ini.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia diniaga rendah pada sesi dagangan tengah hari ini disebabkan aktiviti pengambilan untung kebanyakannya dalam saham produk pengguna, perladangan dan utiliti.

Pemuktamadan Rundingan FTA Malaysia-Korea Selatan Mampu Jadi Pemangkin Untuk Lebih Banyak FTA Dalam Kalangan Anggota APEC

Daripada Nor Baizura Basri

GYEONGJU (Korea Selatan), 29 Okt (Bernama) -- Pemuktamadan rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara Malaysia dan Korea Selatan mampu menjadi pemangkin untuk lebih banyak FTA ditandatangani dalam kalangan negara-negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) semasa Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) APEC di sini.