1tahun ago
IPOH, 31 Jan (Bernama) -- Nilai transaksi hartanah bagi tahun 2024 mencecah RM217.46 bilion jauh mengatasi sasaran RM100 bilion yang ditetapkan pada awal tahun, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 805,000 unit pada 2025 untuk industri automotif, disokong minat belian berikutan penangguhan peraturan duti eksais baharu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Makmal Inovasi Kewangan Iklim (CFIL) yang diterajui oleh Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), dijangka mula beroperasi pada separuh pertama 2025 (1H 2025), menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pada 28-29 Januari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Gamuda Bhd, menerusi usaha sama dengan Ferrovial (GFJV), telah memeterai perjanjian penglibatan kontraktor (ECI) dengan Capricornia Energy Hub (CEH) bagi Sistem Penyimpanan Hidroelektrik Berpam Capricornia (PHES) di Queensland Tengah, Australia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd, melalui anak syarikatnya Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd telah menawarkan pelbagai liputan tambahan untuk memenuhi keperluan perlindungan harta pelanggan melalui polisi perlindungan rumah pintarnya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- TH Properties Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Affin Bank Bhd untuk melancarkan penyelesaian pembiayaan bagi merapatkan jurang pemilikan rumah untuk graduan muda, pembeli rumah dan pelabur hartanah.
1tahun ago
KOTA KINABALU, 23 Jan (Bernama) — Pengisytiharan Pelabuhan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) adalah satu langkah strategik yang mampu membawa potensi luar biasa kepada pertumbuhan ekonomi di Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Berikut adalah wawancara dengan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bagi Januari yang diadakan pada 22 Jan, 2025, Rabu:-
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat pada Rabu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR 22 Jan (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 131.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari ketiga berturut-turut, disokong oleh kemerosotan dalam Indeks Dolar AS (DXY) kerana pelabur menunggu petunjuk lanjut dari Rumah Putih berhubung perkembangan dalam dasar perdagangan.