Terdapat 1335 berita berdasarkan kata kunci carian " ahli"

PM Anwar Gesa Lonjakkan Perdagangan Intra-BRICS, Perjuangkan Orde Dunia Yang Adil, Saksama

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru lonjakan perdagangan intra-BRICS dan seterusnya perkumpulan itu muncul sebagai satu kuasa yang kuat dan berprinsip, berteraskan keadilan, saling menghormati serta komitmen bersama untuk membentuk orde antarabangsa yang lebih seimbang dan adil.

Anwar Tiba Di Brazil Untuk Sidang Kemuncak BRICS

RIO DE JANEIRO, 5 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Sabtu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 yang dianjurkan oleh Brazil.

Tarikh Akhir Tarif AS Dijangka Tingkatkan Daya Tarikan Emas Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan momentum menaik, disokong oleh minat pelabur yang diperbaharui terhadap aset-aset selamat susulan tarikh akhir tarif Amerika Syarikat (AS) pada 9 Julai, yang menambahkan lagi ketidaktentuan kepada pasaran.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Apabila Pasaran Jangka Tarif AS Sederhana

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, disokong oleh jangkaan yang semakin meningkat terhadap kemungkinan kompromi dalam langkah tarif AS akan datang.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US dalam persekitaran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bertambah baik, menyokong mata wang AS itu, kata seorang penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Khamis, mencatatkan kenaikan selepas ditutup rendah sebelumnya kerana peniaga bersikap berhati-hati dan mengurangkan pegangan dolar US menjelang 9 Julai, tarikh akhir penangguhan tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, susulan kelemahan berterusan dolar AS berikutan ketidaktentuan fiskal dan risiko tarif di negara itu yang menjejaskan sentimen, kata penganalisis.

Unit Gamuda Memeterai Perjanjian Bangun Projek Re Di Australia

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Subsidiari milik penuh Gamuda di Australia, Gamuda Holdings Pty Ltd telah memeterai perjanjian mercu tanda dengan pemilik tanah tempatan untuk membangunkan portfolio projek tenaga boleh baharu berskala besar di Tasmania Tengah.

NAIO Kumpul Maklum Balas Awam Untuk Pelan Tindakan Teknologi AI Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO) sedang mengumpul maklum balas awam untuk Pelan Tindakan Teknologi AI Kebangsaan 2026–2030.

Ringgit Dibuka Teruskan Momentum Mengukuh, Dolar AS Kekal Lemah

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran peningkatannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal hari ini, didorong oleh prestasi mata wang negara maju itu yang kekal lemah pada masa ini.

CIMB Umum Komitmen RM200 Juta Pacu Celik Kewangan, Digital

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd hari ini mengumumkan komitmen RM200 juta selama lima tahun sehingga 2030 di bawah platform “Kita Bagi Jadi Komuniti” (KBJK) dalam usaha memajukan pelanggan dan masyarakat.

CYDES 2025 Pacu Pelaburan Strategik, Perkukuh Kepimpinan Malaysia Dalam Keselamatan Siber Serantau

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 30 Jun (Bernama) -- Malaysia dijangka menarik lebih banyak pelaburan strategik dalam bidang keselamatan siber menerusi penganjuran Pameran dan Persidangan Pertahanan & Keselamatan Siber (CYDES) 2025, platform serantau yang bukan sahaja menampilkan inovasi terkini, malah memperkukuh kepimpinan Malaysia dalam inisiatif keselamatan siber ASEAN.