Terdapat 900 berita berdasarkan kata kunci carian "rumah"

BPMB Sedia RM18.5 Juta Pembiayaan Untuk Projek Rumah Mampu Milik Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) memeterai perjanjian Kemudahan Pembiayaan Tawarruq berjumlah RM18.5 juta bersama Firma Atasan Sdn Bhd bagi menyokong fasa pertama Projek Perumahan Mampu Milik Juru Hills di Pulau Pinang.

Pasaran Harta Tanah 2024 Rekod Prestasi Luar Biasa, Nilai Transaksi Cecah Rekod Tertinggi

KAJANG, 26 Feb (Bernama) -- Pasaran harta tanah pada 2024 merekodkan prestasi luar biasa dengan bilangan dan nilai transaksi harta tanah mencecah rekod tertinggi sepanjang tempoh sedekad, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Bursa Malaysia Kekal Momentum Positif Pada Tengah Hari

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) --   Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dalam wilayah positif pada Rabu, didorong oleh sentimen yang lebih baik dan pembelian saham wajaran tinggi terpilih.

Dodol Makndak Sasar Buka Kilang Bagi Tingkatkan Pengeluaran Pada 2025

KOTA TINGGI, 26 Feb (Bernama) -- Dodol Makndak, sebuah perniagaan mikro yang diusahakan seorang usahawan wanita di Pontian, menyasarkan untuk membuka sebuah kilang mini tahun ini bagi meningkatkan pengeluaran.

Buka Kunci Peluang Pelaburan Intra-ASEAN Kunci Kepada Integrasi Serantau -- Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Peluang pelaburan Intra-ASEAN banyak yang belum diterokai dan usaha yang signifikan masih diperlukan bagi mencapai penjajaran pengawalseliaan serantau, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.

Inventori Terlebih Nyata, Perbelanjaan Terkurang Nyata PR1MA RM42.18 Juta - LKAN

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) merekodkan sejumlah RM42.18 juta inventori terlebih nyata dan perbelanjaan terkurang nyata pada tahun kewangan 2023.

Kedutaan Malaysia, MATRADE Sasar Bekerjasama Dengan Cuba Perluas Peluang Perdagangan

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kedutaan Besar Malaysia di Havana dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Miami, menyasar untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan dan Pelaburan Luar (MINCEX) Cuba bagi mengembangkan peluang perdagangan dan pelaburan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, menjejaki penurunan di Wall Street berikutan peniaga menilai kumpulan data terkini yang menunjukkan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah, kata penganalisis.

Sarawak Capai Kejayaan Dalam Elektrifikasi Luar Bandar Dengan Peluasan Grid RES Di Daro

MUKAH, 23 Feb (Bernama) -- Daro dijangka menerima bekalan elektrik sepenuhnya menjelang suku kedua tahun 2026, dengan pelaksanaan Fasa 3 Skim Elektrifikasi Luar Bandar (RES) di Passin.

ASEAN Digesa Perkukuh Kerjasama Serantau, Tingkatkan Pelaburan Bagi Atasi Impak Tarif AS

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Ketua platform antara kerajaan utama di Asia Pasifik menggesa negara-negara di Asia Tenggara untuk memperkukuh kerjasama serantau dan meningkatkan pelaburan bagi mengurangkan impak daripada langkah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengenakan tarif tinggi ke atas import dari China, Kanada dan Mexico.

Inflasi Malaysia Kekal 1.7 Peratus Pada Januari 2025

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025, dengan mata indeks berada pada 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kerajaan Unjur Kadar Inflasi Meningkat Secara Sederhana Antara 2 Hingga 3.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Kerajaan mengunjurkan kadar inflasi akan meningkat secara sederhana pada 2025 dalam julat dua peratus hingga 3.5 peratus, menurut Kementerian Kewangn (MoF).