9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan buat masa ini meskipun pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) memandangkan ekonomi negara yang kekal berdaya tahan.
9bulan ago
Oleh Yin Shao Loong
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Tarif yang diumumkan pada 2 April diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) President Donald Trump telah mengejutkan dunia dan menunjukkan perubahan dasar globalisasi daripada pentadbiran AS sebelum ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kalangan negara ASEAN perlu berunding dengan Amerika Syarikat (AS) secara kolektif berkenaan dasar tarif terkini, kata pakar.
9bulan ago
KAJANG, 4 April (Bernama) -- Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN akan berunding dengan beberapa negara anggota blok itu bagi mencapai persetujuan bersama berkenaan isu tarif timbal balik yang diumumkan Amerika Syarikat (AS) untuk memastikan prinsip keadilan diterapkan dalam perdagangan antarabangsa.
9bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan lima lagi prosiding tertutup bulan ini berhubung peningkatan bayaran premium insurans kesihatan, caj hospital swasta dan impak kepada kesihatan awam sebelum menyediakan laporan penuh.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan menjalinkan kerjasama berkaitan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) supaya ada pertimbangan semula tarif 24 peratus yang baru dikenakan ke atas eksport Malaysia.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Malaysia perlu mengalihkan ekonominya ke tahap produktiviti yang lebih tinggi untuk kekal berdaya saing selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan tarifnya.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memandang serius mengenai kenaikan tarif 10 peratus dan tarif timbal balik yang diumumkan Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport Malaysia ke negara itu.
9bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia rendah 0.52 peratus dalam dagangan awal hari ini seiring dengan pasaran serantau berikutan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pengenaan tarif sekurang-kurangnya 10 peratus kepada semua negara berkuat kuasa 5 April dan “tarif timbal balik individu yang lebih tinggi” di negara tertentu berkuat kuasa 9 April.
9bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Pasaran getah dijangka rendah minggu depan disebabkan cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan melancarkan Pas Pelabur berkuat kuasa pada 1 April untuk menambah daya tarikan pelaburan Malaysia.
9bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan kenaikan tiga hari berturut-turut dan sentimen pelabur dipengaruhi oleh kejadian gempa bumi di Myanmar, gegarannya turut dirasai di Thailand, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng.