BERITA TERKINI   Malaysia berusaha menurunkan tarif AS kepada 20 peratus - Tengku Zafrul | Tarif: Malaysia, AS masih dalam rundingan dan pengumuman akan dibuat selepas terma dimuktamadkan - Tengku Zafrul | Keamanan satu-satunya pilihan untuk Thailand dan Kemboja mulakan rundingan - PM Anwar  | Malaysia akan kemuka pandangan secara terus berhubung konflik kedua-dua negara kepada Perdana Menteri Thailand dan Kemboja - PM Anwar  | Penghargaan khas yang diumum PM Anwar telah mengambil kira keupayaan fiskal negara dan sebagai tambahan kepada Belanjawan 2025 - PMO | 

Terdapat 667 berita berdasarkan kata kunci carian "pembuatan"

Taiwan Cari 10,000 Jurutera Setiap Tahun Bagi Perkukuh Industri Semikonduktor

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Taiwan sedang mencari 10,000 jurutera semikonduktor dan industri berkaitan setiap tahun bagi menyokong peranannya sebagai hab utama industri semikonduktor, dengan Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC) menjadi pemain utama industri berkenaan.

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS Didorong Pengurangan Kadar Faedah Global

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, susulan pengurangan kadar faedah di peringkat global semakin memperoleh momentum dan Rizab Persekutuan AS dilihat teragak-agak untuk mengikuti trend itu. 

Sektor Semikonduktor Malaysia Mampu Tingkat Landskap Teknologi Asia Tenggara - Pakar Reka Bentuk Ic

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Sektor semikonduktor Malaysia berpotensi meningkatkan landskap teknologi Asia Tenggara, demikian kata pakar pemain industri reka bentuk litar bersepadu (IC) Skyechip, Weeroc dan Chipsbank di Konvensyen Ekonomi Digital dan Bandar Pintar Selangor (SDEC) 2024 hari ini.

Malaysia, Gerbang Utama Eksport Taiwan Ke Negara Asia

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia berfungsi sebagai pintu masuk utama untuk eksport Taiwan ke negara-negara Asia memandangkan wujud banyak persamaan dalam perjalanan pembangunan mereka, kata Timbalan Datuk Bandar Kaohsiung, Charles Lin.

Jualan Kenderaan Elektrik Berkuasa Bateri Melonjak 112 Peratus Pada Separuh 2024

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Sebanyak 6,617 kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) dijual pada separuh pertama 2024, melonjak 112 peratus daripada 3,117 unit dalam tempoh yang sama pada 2023, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pembangunan Kluster Dalam Pembuatan Di Wilayah Tengah Perlu Dijadikan Inisiatif Strategik - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Pembangunan kluster industri khusus dalam sektor pembuatan di Wilayah Tengah perlu dijadikan inisiatif strategik Kerajaan MADANI untuk memperkukuh kedudukan negara sebagai hab pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MoU Antara MIDA Dan MTUN Tingkatkan Tenaga Kerja Berkemahiran Tinggi Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN), hari ini menjalin kerjasama untuk meningkatkan tenaga kerja berkemahiran tinggi di Malaysia melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU).

Pelaburan Direalisasi NCER Berjumlah RM48.25 Bilion Bagi Jan-Sept 2024 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berjaya mencatatkan pelaburan direalisasi berjumlah RM48.25 bilion bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, peningkatan sebanyak 60 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan Terus Perkemas Kerangka Pembangunan ECER - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus memperkemas kerangka pembangunan lima tahun akan datang bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) supaya usaha merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan menarik lebih banyak pelaburan ke wilayah Pantai Timur dapat direalisasikan.

ECERDC Raih RM13.3 Bilion Pelaburan Direalisasikan Sehingga September, Lepasi Sasaran 2024

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) melepasi pelaburan yang disasarkan sebanyak RM10 bilion untuk 2024 dengan RM13.3 bilion pelaburan direalisasikan di wilayah itu setakat September 2024.

Belanjawan 2025: SME Bank Harapkan Langkah Sokongan Lonjak Pertumbuhan PKS

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- SME Bank Bhd menyeru kerajaan menetapkan langkah strategik untuk menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menumpukan kepada kemampanan, daya tahan kewangan dan transformasi digital menerusi Belanjawan 2025 yang dijadual dibentangkan Jumaat ini.

Northeast Group Cari Perincian Mengenai Inisiatif NSS Dalam Belanjawan 2025

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Northeast Group Bhd yang bakal muncul buat kali pertama di Pasaran ACE menggesa kerajaan memberikan butiran lanjut mengenai Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) agar dapat kejelasan bagaimana kerajaan merancang untuk membantu pemain industri melalui Belanjawan 2025.