Terdapat 680 berita berdasarkan kata kunci carian " pelancong"

Malaysia Harap Dapat Menyumbang Bagi Pembangunan Infra Pelabuhan Chancay, Peru - PM Anwar

Daripada M.Saraswathi

LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) — Malaysia berharap dapat menyumbang dalam usaha pembangunan infrastruktur di Pelabuhan Chancay yang terletak kira-kira 80 kilometer ke utara Lima, ibu negara Peru, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Anwar Bertemu Presiden Peru, Pemimpin Industri

Daripada M. Saraswathi

LIMA (Peru), 13 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bertemu Presiden Peru Dina Ercilia Boluarte Zegarra di Istana Kerajaan Peru di sini pada hari kedua lawatan rasmi beliau ke negara Amerika Selatan itu.

KPJ Healthcare Buka Pejabat Perwakilan Kelima Di Indonesia

JAKARTA, 13 Nov (Bernama) -- KPJ Healthcare Bhd membuka pejabat perwakilannya yang kelima di Indonesia terletak di Pekanbaru, Provinsi Riau pada Selasa, menurut Konsulat Malaysia Pekanbaru.

Pelaburan Berterusan Projek Infrastruktur Kukuhkan Malaysia Sebagai Hab Perdagangan

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pelaburan berterusan dalam projek pembangunan infrastruktur membolehkan Malaysia mengukuhkan kendudukan sebagai hab perdagangan dan pelaburan serantau serta meningkatkan daya saing di peringkat global, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.

Forest City Berada Dalam Kedudukan Terbaik Sebagai Hab Perniagaan Dan Pelaburan Utama - Country Garden

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Forest City di Johor bakal menjadi hab strategik untuk perniagaan dan pelabur, disokong oleh jaringan pengangkutan udara dan laut serta berperanan mewujudkan pertumbuhan ekonomi dan kemampanan, menurut pemaju dari China, Country Garden Group.

Lonjakan IPO Malaysia Cermin Keyakinan Pelabur Terhadap Bursa Tempatan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) – Tawaran awam permulaan (IPO) Bursa Malaysia Bhd kembali mencatatkan lonjakan, mencerminkan keyakinan semula pelabur terhadap bursa tempatan itu ketika 2024 semakin melabuhkan tirainya.

Sarawak Diunjur Catat Pertumbuhan 5-6 Peratus Pada 2024 -- Abang Johari

KUCHING, 11 Nov (Bernama) -- Sarawak diunjur mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada 2024 berikutan permintaan luar yang kukuh, peningkatan aktiviti dalam negeri dan tekanan inflasi yang berkurangan.

Tarian Rakyat Tambah Elemen Kemeriahan Kepada Acara APEC Buat Kali Ketiga Di Peru

LIMA (Peru), 11 Nov (Bernama) -- Penari rakyat dengan pakaian berwarna-warni dan mempamerkan persembahan yang bertenaga, menambah elemen kemeriahan untuk meraikan Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) dari 14 hingga 16 November ini di ibu kota negara Amerika Selatan itu. 

Pas MyTourist Dilancar, Mudahkan Akses Pengangkutan Awam Untuk Pelancong

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) melalui Rapid KL hari ini melancarkan pas MyTourist yang direka khas untuk memudahkan pelancong domestik dan antarabangsa menikmati pengangkutan awam di ibu kota.

Kementerian Pengangkutan Utama Penambahbaikan Di Labuan

LABUAN, 9 Nov (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MoT) komited untuk memajukan kemudahan pelabuhan Labuan agar ia menjadi pelabuhan yang berdaya saing, mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk ekonomi di pulau itu.

Terengganu Inc, MB Holding LLC Dari Oman Meterai MoU Teroka Potensi Kerjasama Industri

KUALA TERENGGANU, 8 Nov (Bernama) -- Syarikat pelaburan induk strategik kerajaan Terengganu, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dengan MB Holding LLC Group dari Oman untuk tujuan meneroka potensi kerjasama industri di negeri tersebut.

Pendigitalan Kunci Kejayaan Hotel Di Malaysia - Corus Hotel

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Pendigitalan menjadi faktor penting bagi kejayaan industri pelancongan Malaysia, terutama kepada pengendali hotel yang berhasrat berkembang maju dalam pasaran yang semakin kompetitif dan dinamik.