18hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula ketika mengakhiri dagangan Selasa dengan indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencecah paras psikologi 1,700, didorong oleh pemulihan sentimen global.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, menjejaki kenaikan pasaran serantau selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi bayangan bahawa perang dengan Iran berpotensi berakhir tidak lama lagi.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Konflik geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat telah menaikkan harga minyak sawit mentah (MSM) kira-kira 10 peratus kepada RM4,592 satu tan sejak minggu lepas, mendorong kenaikan harga minyak mentah dan mewujudkan kebimbangan mengenai peningkatan kos tenaga dan baja.
18hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki pemulihan di Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi bayangan bahawa konflik dengan Iran mungkin berakhir tidak lama lagi.
19hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah secara keseluruhannya pada Isnin sejajar dengan penjualan meluas di pasaran serantau apabila konflik yang semakin meruncing di Timur Tengah menjejaskan sentimen pelabur dan menimbulkan semula kebimbangan mengenai inflasi global.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, sejajar dengan pasaran serantau, selepas harga Brent crude melonjak melebihi US$115 setong seiring ketegangan berterusan antara AS, Israel dan Iran.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan prestasi Wall Street semalaman yang lemah berikutan sentimen terjejas oleh lonjakan harga minyak mentah, dengan harga minyak mentah Brent melebihi US$105 setong.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti di Bursa Malaysia minggu lepas, mengakhiri aliran jualan bersih selama dua minggu berturut-turut dan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM411.4 juta.
19hari ago
BATU PAHAT, 9 Mac (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi meningkatkan peruntukan bagi pembangunan industri lada kepada RM45.8 juta pada 2026 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) berbanding RM21.4 juta pada tahun lepas.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka didagangkan dengan ketidaktentuan minggu depan ketika pelabur menilai semula implikasi daripada konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah, kata penganalisis.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini dengan sentimen berhati-hati berikutan kebimbangan global membabitkan kenaikan kos tenaga dan risiko inflasi susulan konflik Timur Tengah yang meruncing.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan prestasi Wall Street semalaman yang lemah dan kenaikan harga minyak dengan tiada petunjuk krisis di Timur Tengah akan mereda.