Terdapat 529 berita berdasarkan kata kunci carian " public bank "

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, peningkatan hari ketiga berturut-turut seiring dengan bursa saham utama Asia yang lain.

 

Axiata, Tenaga Nasional, YTL Corp Dorong FBM KLCI Tinggi Semasa Rehat Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Sokongan belian kepada kaunter wajaran tinggi terpilih yang didahului Axiata, Tenaga Nasional dan YTL Corp telah mendorong kenaikan indeks utama sebanyak 0.16 peratus sebelum dagangan sesi pagi berakhir, pada Rabu.

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Meningkat, Jejak Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka dengan mencatat peningkatan kecil hari ini, sekali gus meneruskan aliran kenaikan bagi sesi ketiga berturut-turut dan menjejaki Wall Street yang dipacu oleh harapan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah.

Bursa Malaysia Meningkat, Belian Pada Saat Akhir Imbangi Pengambilan Untung

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian pada saat-saat akhir dalam CelcomDigi, yang mengimbangi penyusutan terdahulu berikutan pelarasan tanpa dividen dalam Maxis dan MISC serta aktiviti pengambilan untung dalam Tenaga Nasional dan CIMB.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, meneruskan momentum peningkatan disebabkan pembelian institusi tempatan dan aktiviti pengumpulan saham, kata seorang peniaga.

Belian Saham Modal Besar, Prestasi Serantau Pacu Bursa Naik 0.47 Peratus

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan meningkat sebanyak 0.47 peratus ketika pelabur menumpukan minat ke atas saham-saham syarikat bermodal besar selain seiring prestasi pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, sejajar dengan kenaikan pasaran serantau pada Jumaat lepas.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Indeks Komposit Cecah Paras Terendah Harian

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi pada Khamis, dengan indeks penanda aras mencatatkan paras terendah harian selepas kaunter wajaran tinggi terpilih mengalami dagangan tidak menentu berikutan prestasi serantau yang bercampur-campur.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjelang Keputusan Dasar BNM Hari Ini

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis apabila pelabur menantikan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini berkenaan dengan kadar faedah, dengan kebanyakan pihak menjangkakan pembuat dasar itu mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Bursa Malaysia Kekal Ditutup Tinggi Bagi Hari Kedua Berturut-turut

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia menyusut sedikit daripada kenaikan terdahulu tetapi masih ditutup tinggi untuk hari kedua berturut-turut pada Rabu, disokong oleh pembelian kaunter terpilih dalam sektor produk dan perkhidmatan pengguna serta sektor telekomunikasi dan media.

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Positif Pada Tengah Hari

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum kenaikannya pada dagangan tengah hari ini susulan aktiviti belian berterusan walaupun pasaran serantau kebanyakannya mencatat prestasi negatif.

Bursa Malaysia Kekalkan Aliran Meningkat Pada Sesi Awal Dipacu Minat Belian Berterusan

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran kenaikan semalam apabila dibuka lebih tinggi pada hari ini, didorong oleh minat belian yang terus ketara.