12hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Pengumuman dividen sebanyak 6.15 peratus bagi simpanan konvensional dan shariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tahun 2025 mencerminkan kecekapan pengurusan pelaburan dana simpanan persaraan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Pengagihan kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka kekal kompetitif bagi 2026 berbanding tahun lepas, dipacu oleh strategi dan peruntukan aset dana simpanan persaraan itu, kata Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Ahmed Razman.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 6.15 peratus akan turut dikreditkan ke Akaun Fleksibel (Akaun 3) berdasarkan baki akaun tersebut, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus bagi 2025 (2024: 6.3 peratus) untuk akaun simpanan konvensional dan shariah, dengan jumlah pembayaran RM79.6 bilion.
12hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar minggu depan berikutan pasaran mengambil kira musim pelaporan pendapatan korporat yang terkini dan ketidaktentuan sektor teknologi global.
12hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan mendatar dalam julat 1,710 hingga 1,740 minggu depan, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng.
13hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan langkah pelabur mengambil keuntungan susulan peningkatan baru-baru ini.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Tune Protect Group Bhd menyaksikan keuntungan bersihnya melonjak sebanyak RM26.45 juta pada tahun kewangan 2025 berbanding RM572,000 yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.
13hari ago
JOHOR BAHRU, 27 Feb (Bernama) -- Bermula daripada minat terhadap makanan berasaskan cendawan, anak jati Pontian ini berjaya mengubah kegemaran itu menjadi perniagaan agro yang mampan, sekali gus sebagai sumber rezeki.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd melonjak kepada RM365.92 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 daripada RM353.81 juta yang dicatatkan dalam tahun sebelum ini.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- PT Bank CIMB Niaga Tbk mencatatkan untung sebelum cukai sebanyak IDR8.8 trilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, dengan pendapatan sesaham berjumlah IDR273.53, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan berterusan bank itu. (1 juta rupiah = RM231.2)
14hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menegaskan komitmennya untuk memacu kestabilan ekonomi Malaysia dan jaminan tenaga jangka masa panjang, dengan memastikan bekalan elektrik kepada kediaman, perniagaan dan industri terus berdaya harap di seluruh negara.