3bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menjangkakan pertumbuhan pembiayaan Islam akan berkembang pada kadar stabil sebanyak lapan peratus pada 2025 walaupun menghadapi cabaran dan ketidaktentuan global.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ujian tekanan yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan bahawa penampan modal bank-bank mencukupi untuk menyerap potensi peningkatan kerugian kredit daripada sektor perniagaan di bawah senario tekanan buruk.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan dengan keuntungan bersih sebanyak RM30.28 juta pada suku kedua yang berakhir 28 Feb, 2025, berbanding kerugian bersih RM51.20 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Bank Rakyat mencatat pembiayaan sebanyak RM17.45 bilion berbanding sasaran awal RM14.04 bilion menerusi Kempen Mega Pembiayaan Peribadi-i, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Nor Haimee Zakaria.
3bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin & Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Caruman wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja asing akan memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia dalam jangka panjang berikutan majikan akan lebih cenderung untuk menggaji lebih ramai bakat tempatan apabila kos meningkat.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah disenaraikan antara 10 lapangan terbang terbaik di dunia dalam tinjauan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) 2024 untuk lapangan terbang yang mengendalikan lebih 40 juta penumpang setiap tahun.
3bulan ago
LABUAN, 15 Mac (Bernama) -- Labuan, hab perniagaan dan kewangan antarabangsa Malaysia bakal melalui transformasi penting dengan cadangan Projek Pembangunan Waterfront (Fasa 1) bernilai RM38 juta untuk menjana manfaat ekonomi dan meningkatkan daya tarikan pelancong.
3bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 14 Mac (Bernama) -- Forest City bersedia menjadi pemain utama dalam pertumbuhan Zon Kewangan Khas (SFZ) yang juga sebahagian daripada Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dengan berperanan menyediakan hab pengangkutan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Jumlah keseluruhan caruman untuk program i-Saraan iaitu caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak RM2.6 bilion pada 2024, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Sebanyak 26,665 syarikat telah menggunakan sistem e-Invois sejak ia dilaksanakan pada Ogos 2024 dengan 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat 10 Mac lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
3bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kenaikan 25 peratus dalam kadar pemberian mengikut bilangan orang kepada kerajaan negeri, berjumlah RM548 juta berkuat kuasa 2026, merupakan langkah signifikan untuk menyokong belanjawan negeri.
3bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
Bahagian pertama daripada tiga siri artikel yang dihasilkan Bernama ini mengkaji beban tunggakan yuran penyenggaraan yang semakin meningkat dalam pembangunan strata Malaysia. Pakar-pakar daripada sektor hartanah membincang dan memberi pandangan mengenai implikasi kewangan, cabaran sistem dan potensi penyelesaian untuk memastikan kemampanan jangka panjang komuniti yang berkongsi bangunan kediaman.