Terdapat 106 berita berdasarkan kata kunci carian " nationgate"

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Akhiri Sesi Dagangan Pagi Dengan Prestasi Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi sedikit selepas permulaan yang lembap pada Khamis, disokong oleh kenaikan dalam saham berwajaran tinggi didahului sektor produk pengguna, telekomunikasi dan perbankan.

Aktiviti Belian Pacu Bursa Malaysia Naik 20.68 Mata Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Isnin dengan lebih mengukuh, didorong oleh minat belian baharu yang ketara dan merentasi papan indeks dengan kenaikan diterajui oleh saham-saham wajaran tinggi produk industri, kewangan dan telekomunikasi.

Bursa Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dan menjejaki prestasi Wall Street yang kukuh pada Jumaat lepas.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot daripada kenaikan semalam apabila dibuka rendah pada Jumaat, sejajar dengan prestasi Wall Street yang lemah berikutan kebimbangan baharu mengenai prospek perdagangan global.

AS Tangguh Tarif, Bursa Malaysia Melonjak Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan meningkat mendadak, menjejaki prestasi semalaman pasaran Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan penangguhan sementara tarif, kata penganalisis.

Minat Buru Saham Harga Rendah Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali melantun pada awal dagangan hari ini selepas jualan ketara semalam, didorong oleh aktiviti memburu saham berharga rendah walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang lebih suram, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal hari ini, mengambil petunjuk daripada penurunan semalaman Wall Street, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Berikutan Belian Saham Telekomunikasi, Pengguna

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan trend meningkat untuk hari kedua berturut-turut hari ini berikutan pembelian saham telekomunikasi dan pengguna.

Minat Terhadap Saham Mewah Dorong FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh minat belian baharu terhadap saham mewah, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada Rabu dengan prestasi rendah secara keseluruhan terutamanya berikutan penjualan dalam sektor pembinaan dan perbankan, manakala saham penjagaan kesihatan merekodkan minat belian, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari, Berbeza Dengan Trend Serantau

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan prestasi berbeza dengan trend serantau apabila mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, dengan jualan yang kebanyakannya dalam kalangan saham wajaran tinggi diterajui kaunter perkhidmatan kewangan dan pembinaan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejak Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal Rabu, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah dan sentimen pasaran berhati-hati menjelang keputusan mengenai kadar faedah Amerika Syarikat (AS) malam ini.