14hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS hari ini berikutan peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
14hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meningkat sedikit minggu depan berikutan kebimbangan terhadap faktor berkaitan cuaca, kata seorang peniaga.
15hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Kejayaan Malaysia mencatat pertumbuhan eksport yang melonjak 15.7 peratus tahun ke tahun kepada RM148.32 bilion dan tertinggi pernah diraih, hanya membuktikan keberkesanan strategi lindung nilai geoekonomi negara, kata Pengarah, Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan.
16hari ago
MUAR, 29 Nov (Bernama) -- Pelancaran Maharani Freeport dijangka mewujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan dan meningkatkan daya saing logistik maritim Malaysia dan ketahanan rantaian bekalan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
16hari ago
MUAR, 29 Nov (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat merasmikan pelabuhan bebas cukai tenaga pertama negara Maharani Freeport di Kompleks Maharani Energy Gateway (MEG), Tanjung Emas di sini.
16hari ago
KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) -- Sabah dijangka mendapat manfaat yang lebih besar dalam sumber minyak dan gas (O&G) susulan pengambilalihan sebanyak 20 peratus kepentingan penyertaan bukan operasi dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Perolehan Semula Minyak Dipertingkat (EOR) Sabah Utara oleh syarikat milik kerajaan negeri SMJ Energy (SMJE).
16hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meningkat sedikit minggu depan berikutan kebimbangan terhadap faktor berkaitan cuaca, kata seorang peniaga.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) berjaya menganjurkan Lawatan Jaringan Perdagangan untuk 37 pembeli terkemuka dari China pada 25 hingga 27 Nov, 2025.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) terus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik, apabila kira-kira 33.1 peratus daripada pelaburan langsung asing (FDI) negara adalah dari ekonomi CPTPP.
17hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan harga minyak kacang soya.
17hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, didorong oleh kenaikan dalam pasaran getah serantau berikutan kebimbangan yang meningkat mengenai bekalan getah yang terjejas akibat hujan lebat di negara pengeluar utama getah asli, kata peniaga.
18hari ago
PETALING JAYA, 27 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyarankan pembeli minyak sawit dari China supaya berunding dengan pemain tempatan bagi mendapatkan minyak sawit pada harga yang lebih baik.