Terdapat 92 berita berdasarkan kata kunci carian " ketidaktentuan global"

Pertumbuhan Pembiayaan Islam Kekal Stabil Pada 8.0 Peratus Bagi 2025 - RAM Ratings

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menjangkakan pertumbuhan pembiayaan Islam akan berkembang pada kadar stabil sebanyak lapan peratus pada 2025 walaupun menghadapi cabaran dan ketidaktentuan global.

Pasaran Domestik Teratur Sediakan Penampan Mencukupi Hadapi Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Keadaan pasaran domestik yang teratur akan terus mampan berikutan pasaran kewangan Malaysia yang kukuh, selain mudah tunai dan sistem perbankan yang teguh, sekali gus menyediakan penampan yang mencukupi untuk menghadapi ketidaktentuan global.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan disebabkan ketidaktentuan global.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Indeks Komposit Turun 0.70 Peratus

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 10 Mac  (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih diterajui oleh kaunter utiliti, telekomunikasi dan media serta sektor perkhidmatan kewangan. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa ketika pelabur beralih kepada aset lebih selamat selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengesahkan tarif ke atas Kanada, Mexico dan China.

Pembayaran Dividen KWSP Bakal Pacu Aktiviti Ekonomi, Sokong Pertumbuhan Negara

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Langkah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membayar dividen 6.30 peratus bagi 2024 dijangka dapat merangsang aktiviti ekonomi selain menyumbang kepada pertumbuhan negara, kata ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Dijangka Alami Dagangan Berhati-hati, Catat Julat Kecil Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal mengalami dagangan secara berhati-hati minggu hadapan, dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mungkin mencatatkan julat kecil apabila pelabur menilai perkembangan ekonomi utama, menurut penganalisis.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri penurunan selama dua hari untuk ditutup pada paras tertinggi harian hari ini, dengan indeks komposit meningkat 1.32 peratus, didorong oleh pembelian semasa harga murah susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini.

Ekonomi Malaysia Perlihat Daya Tahan Dalam Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Malaysia berada di landasan yang betul untuk melancarkan potensinya memandangkan ekonomi kekal pada trajektori yang stabil, disokong oleh pembaharuan kerajaan dan asas-asas ekonomi yang kukuh, menurut ahli ekonomi ASEAN HSBC Yun Liu.

Malaysia Sebagai Pengerusi ASEAN Pacu Pembangunan Mampan, Pertumbuhan Inklusif - RHB

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Malaysia sebagai pengerusi ASEAN memberikan peluang untuk memacu agenda ASEAN, dengan memberi tumpuan kepada pertumbuhan inklusif, pembangunan mampan dan kerjasama serantau yang lebih baik, menurut RHB Investment Bank Bhd.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ketika Sentimen Serantau Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi berkaitan Petronas, syarikat telekomunikasi dan perbankan terpilih, menggambarkan sentimen berhati-hati yang terus memberi kesan terhadap pasaran serantau.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan di tengah-tengah ketidaktentuan global.