Terdapat 58 berita berdasarkan kata kunci carian " kdnk malaysia"

BMI Tingkat Unjuran KDNK Malaysia Kepada 4.7 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions, meningkatkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia 2025 kepada 4.7 peratus daripada 4.6 peratus sebelumnya, selaras dengan piawaian sebelum pandemik.

AmBank Mengunjurkan Pertumbuhan KDNK Perlahan Pada Suku Ketiga Kepada 5.1 Peratus

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- AmBank Group mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun-ke-tahun (y-o-y) bagi Malaysia lebih perlahan kepada 5.1 peratus pada suku ketiga 2024, turun daripada anggaran awal pada 5.3 peratus.

Aliran Masuk Pelaburan, Keyakinan Kukuh Perniagaan Sokong Pertumbuhan KDNK Malaysia

KUALA LUMPUR,  7 Nov (Bernama) -- Peningkatan aliran masuk pelaburan, kutipan cukai yang lebih baik berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan defisit fiskal lebih kecil merupakan pemangkin positif yang dijangka memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia antara 5.0- 5.5 peratus pada 2024 dan 2025.

Tarif AS Ke Atas China Beri Kesan Pelbagai Kepada Ekonomi ASEAN - OCBC

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kemungkinan tarif Amerika Syarikat (AS) sehingga 60 peratus ke atas eksport China boleh memberi kesan pelbagai kepada ekonomi ASEAN, mewujudkan peluang pertumbuhan jangka masa sederhana untuk enam negara ASEAN (ASEAN-6) termasuk Malaysia, menurut OCBC.

Belanjawan 2025 Kekalkan Pendekatan Pengukuhan Fiskal Secara Beransur-ansur - Fitch Ratings

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 Malaysia mengesahkan komitmen kerajaan ke arah pengukuhan fiskal secara beransur-ansur daripada paras hutang yang tinggi berbanding rakan setara, menurut Fitch Ratings.

Inflasi Malaysia Diunjur 2.9 Peratus Pada 2025 - Allianz

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia diunjurkan pada 2.3 peratus tahun ini dan 2.9 peratus pada 2025 berbanding unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu antara 2 peratus dan 3.5 peratus bagi 2024, kata Ketua Ahli Ekonomi Allianz SE Ludovic Subran.

Belanjawan 2025: Kerajaan Imbangi Pertumbuhan Dan Penyatuan Fiskal

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank (Kenanga IB) melihat Belanjawan 2025 sebagai pengembangan sederhana, kerajaan menyasarkan untuk mencapai keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan penyatuan fiskal.

Belanjawan 2025: SME Bank Harapkan Langkah Sokongan Lonjak Pertumbuhan PKS

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- SME Bank Bhd menyeru kerajaan menetapkan langkah strategik untuk menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menumpukan kepada kemampanan, daya tahan kewangan dan transformasi digital menerusi Belanjawan 2025 yang dijadual dibentangkan Jumaat ini.

Sumbangan RM57.3 Bilion Pelaburan AWS Kepada KDNK Dijangka Dapat Dipercepat Kepada 2032 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kerajaan yakin sumbangan Amazon Web Services (AWS) Wilayah Asia Pasifik (Malaysia) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang dianggarkan berjumlah RM57.3 bilion boleh dipercepat kepada tahun 2032 daripada 2038.

Pelaburan Domestik Kukuh Separuh Pertama 2024 Bukti Negara Tidak Bergantung Pelaburan Asing - MIER

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Pelaburan berjumlah RM160 bilion yang diluluskan Malaysia bagi separuh pertama 2024, merangkumi RM85.4 bilion pelaburan domestik (DI) dan RM74.6 bilion dalam pelaburan asing (FI), menunjukkan bahawa negara tidak terlalu bergantung kepada FI untuk merangsang ekonominya.