1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Cabang penyelidikan dan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), PNB Research Institute Sdn Bhd (PNBRI), hari ini melancarkan laporan bertajuk “Realiti dan Prospek Kelestarian dalam Kalangan Pekebun Kecil Sawit di Malaysia” yang menekankan cabaran semasa dan akan datang dalam amalan kelestarian.
1bulan ago
PETALING JAYA, 11 Sept (Bernama) -- Malaysia telah mencadangkan penubuhan rangka kerja yang diperlukan di peringkat ASEAN bagi menggalakkan perniagaan inklusif (IB), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Malaysia bersedia memimpin usaha membangunkan ekonomi kewangan Islam-halal bersepadu yang akan menjana pertumbuhan dan kemakmuran yang inklusif, bukan sahaja untuk umat Islam tetapi juga untuk masyarakat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan meskipun berhadapan dengan ketidaktentuan geopolitik dan perdagangan global, lebih baik berbanding beberapa negara ASEAN antaranya Singapura dan Thailand pada suku kedua tahun ini.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 9 Sept (Bernama) -- Malaysia menzahirkan komitmennya terhadap kelestarian dan tindakan iklim di Ekspo 2025 Osaka menerusi program Minggu Ke-22 di Pavilion Malaysia yang berlangsung dari 8 hingga 14 Sept.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah memperkukuhkan peranan pentingnya dalam memacu usaha Malaysia untuk menjadi hab ASEAN bagi inovasi, kemampanan dan industri maju dengan menghubungkan perniagaan dan pelabur melalui "Investment Pitching Day" 2025.
1bulan ago
KUCHING, 4 Sept (Bernama) -- Sacofa, penyedia infrastruktur telekomunikasi negeri Sarawak menjalin kerjasama strategik dengan ZTE Corporation bagi memodenkan rangkaian infrastrukturnya untuk menyokong pertumbuhan digital masa depan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV), inisiatif kerjasama awam-swasta antara kerajaan dengan industri insurans dan takaful, kini memasuki fasa ketiga dengan pelancaran program PTV 3.0 bermula semalam.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini mengumumkan prestasi kewangannya bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025, dengan penekanan terhadap pengukuhan peranannya dalam membangunkan negara dan menyokong komuniti, di samping memberikan pulangan mampan kepada pemegang saham.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yakin ASEAN akan mencapai persetujuan penuh untuk memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) pada penghujung tahun ini.
1bulan ago
Oleh K.Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, Aug 28 (Bernama) -- Daripada langkah pertamanya dalam industri kuasa Malaysia untuk menjadi Penjana Kuasa Bebas (IPP) terbesar negara, Malakoff Corporation Bhd kini memasuki tahun ke-50 operasinya pada 2025 dan menjadi antara pemain utama dalam peralihan tenaga.
1bulan ago
Daripada Harizah Hanim Mohamed
BUSAN, 27 Ogos (Bernama) -- Malaysia menyokong penuh matlamat Korea Selatan untuk Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC ke-15 (APEC EMM15) bertemakan ‘Pertumbuhan Mampan melalui Inovatif dan Peralihan Inklusif’ kerana ia tepat pada masanya, relevan dan sejajar dengan agenda peralihan tenaga negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.