2bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerangka Insentif Baharu Berasaskan Keberhasilan akan memastikan pencapaian sebenar dapat diukur dan digalakkan, dengan insentif akan hanya disalurkan apabila prestasi yang ditetapkan dapat dipenuhi, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kerajaan disaran menyemak semula pelepasan cukai korporat khususnya bagi syarikat yang merekodkan keuntungan luar biasa tetapi mengekalkan jurang gaji yang terlalu besar di antara pengurusan tertinggi dengan pekerja bawahan.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pelan Pembangunan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP) mesti dilaksanakan secara strategik, disertai infrastruktur sokongan dan ketersambungan pengangkutan awam, kata Institut Pengangkutan Malaysia (MiTRANS).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 memaparkan peralihan penting dalam hala tuju ekonomi Malaysia, daripada penggunaan berteraskan subsidi kepada transformasi berteraskan pelaburan berikutan kerajaan meneruskan usaha konsolidasi fiskal di samping mengekalkan momentum pertumbuhan, kata ahli ekonomi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) – Berikut merupakan inti pati Belanjawan 2026 bertemakan ‘Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat’ yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat, hari ini.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Hasil kerajaan Persekutuan diunjur meningkat 2.7 peratus kepada RM343.1 bilion pada 2026, daripada RM334.1 bilion yang dijangka pada 2025, terutamanya disumbangkan oleh hasil cukai.
2bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) – Ekonomi Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan sederhana antara 4 hingga 4.5 peratus pada 2026, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM419.2 bilion dalam Belanjawan 2026 mewakili 19.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), kata Kementerian Kewangan (MOF).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Sektor pembuatan mencatatkan jualan berjumlah RM168.3 bilion pada Ogos 2025, berkembang 2.7 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah, Kisho Kumari Sucedaram and Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) – Eksport semikonduktor dan aplikasi kelebihan kecerdasan buatan (AI) yang meningkat akan menjadi antara faktor yang menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan pada kadar antara 4.0 dan 4.5 peratus yang membanggakan berbanding 4.0 hingga 4.8 peratus tahun ini walaupun berdepan cabaran perdagangan global, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP) menjamin pinjaman perumahan yang meliputi lebih 100 peratus daripada harga belian rumah bagi pembeli rumah pertama yang layak, sekali gus meyakinkan bank untuk meluluskan permohonan yang mungkin ditolak.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal kepada 4.1 peratus pada 2026, tidak berubah daripada unjurannya bagi 2025, menurut Bank Dunia.