Terdapat 1416 berita berdasarkan kata kunci carian " pendapatan"

Unit Sunway Construction Raih Kontrak RM1.15 Bilion Daripada Syarikat Berpangkalan Di AS

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Sunway Construction Group Bhd (SunCon) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Sunway Construction Sdn Bhd (SCSB), menerima kontrak kerja bernilai RM1.15 bilion untuk dua projek daripada sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Untung Bersih Wasco Bhd Bagi Tahun Kewangan 2025 Melonjak Kepada RM160.5 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Wasco Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 melonjak kepada RM160.54 juta berbanding RM153.04 juta pada tahun sebelumnya.

Untung Bersih Public Bank Meningkat Kepada RM7.22 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Public Bank Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 meningkat 1.1 peratus kepada RM7.22 bilion daripada RM7.14 bilion pada tahun kewangan 2024, disokong pertumbuhan pinjaman dan pembiayaan yang memberangsangkan.

Velesto Peroleh Kontrak Penggerudian Bernilai AS$16.49 Juta Daripada Jadestone

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Velesto Malaysian Ventures Sdn Bhd, Velesto Drilling Sdn Bhd telah menerima surat setuju terima (LOA) daripada Jadestone Energy (Malaysia) Pte Ltd.

Untung Bersih Kumpulan AmBank Naik Kepada RM529.58 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM529.58 juta pada suku ketiga bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026  daripada RM486.49 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

LHDN Keluarkan Hampir 200,000 Notis CP500, Jumlah Cukai Cecah Rm1.1 Bilion - Mof

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan hampir 200,000 Notis Bayaran Ansuran Cukai (CP500) kepada pembayar cukai dengan anggaran jumlah cukai sekitar RM1.1 bilion, sehingga Januari 2026, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Isu Teknikal Punca Kelewatan Penyata Kewangan MPOB

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kelewatan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengemukakan penyata kewangan berpunca daripada isu teknikal yang tidak dijangka semasa fasa pembangunan sistem perakaunan dan kewangan MPOB yang baharu iaitu MPOB MyFAS.

212,543 Pembayar Cukai Kemuka Lebih Satu Bilion Transaksi e-Invois Hingga 23 Februari 

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Sebanyak 212,543 pembayar cukai telah mengemukakan lebih satu bilion transaksi e-Invois secara keseluruhan sejak 2024 sehingga 23 Feb 2026, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong. 

Sarawak Perkukuh Penglibatan Global, Tingkatkan Usaha Inovasi Mampan Di MWC Barcelona 2026

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Sarawak sedang memperkukuh penglibatan di peringkat global menerusi Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2026 untuk meletakkan negeri itu sebagai ekonomi berpandangan jauh dan bersedia menerima pelaburan.

Petronas Chemicals Catat Rugi Bersih RM2.14 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM2.14 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada untung bersih sebanyak RM1.17 bilion yang dicatatkan tahun sebelumnya.

LKAN: 24 Syarikat Subsidiari Lima Agensi Persekutuan Rugi Tiga Tahun Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Sebanyak 24 daripada 42 syarikat subsidiari bagi lima Agensi Persekutuan telah merekodkan kerugian tiga tahun berturut-turut dari 2022 hingga 2024, menurut Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 yang dikeluarkan hari ini.

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM209.26 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM209.26 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 berbanding kerugian bersih RM202.67 juta pada tahun kewangan 2024.