8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan lebih rendah pada minggu depan, didorong oleh perkembangan rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China akhir minggu ini, sekali gus merangsang permintaan terhadap dolar AS namun memberi kesan ke atas harga emas.
8bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pelan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk membatalkan peraturan eksport cip kecerdasan buatan (AI) era Biden, membuka peluang kepada Malaysia untuk mengembangkan industri cip AI dan memacu sektor pusat datanya.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Marrybrown Sdn Bhd untuk menjadi penyokong utama dalam pengembangan rangkaian makanan segera halal Malaysia ke Australia.
8bulan ago
KUCHING, 8 Mei (Bernama) -- Meskipun perjalanan lebih 20 tahun Metro Glide Sdn Bhd kini diwarnai dengan pelbagai anugerah, namun perjalanan untuk sampai ke tahap itu, bukanlah sesuatu yang mudah.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengembangkan eksport Malaysia di pasaran sedang pesat membangun susulan peruntukan RM50 juta kerajaan untuk strategi pempelbagaian perdagangan globalnya.
8bulan ago
GEORGE TOWN, 7 Mei (Bernama) -- Digital Penang Sdn Bhd dan unit penyedia penyelesaian teknologi kewangan Sisters Inspire Sdn Bhd, FinHero, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meluaskan akses pembiayaan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Pulau Pinang.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) berharap para pemimpin ASEAN, yang akan bertemu bagi sidang kemuncak di sini akhir bulan ini, akan menyokong 12 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan-ASEAN (ASEAN-BAC) memuji kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan MADANI dalam menangani isu tarif Amerika Syarikat (AS) dengan cara yang tenang dan seimbang serta melindungi kepentingan negara.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia masih ketinggalan berbanding syarikat besar dalam perjalanan pendigitalan mereka, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Malaysia akan terus memberi fokus kepada pasaran baharu di samping meneroka pasaran bukan tradisional bagi memastikan kepentingan ekonomi dan perdagangan negara kekal kukuh, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
8bulan ago
SHAH ALAM, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan komited untuk melindungi ekonomi negara menerusi pendekatan pantas, cekap dan kreatif dalam usaha menangani ketidaktentuan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
Oleh Nor Baizura Basri dan Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Sidang Khas Dewan Rakyat berkaitan isu tarif Amerika Syarikat (AS) hari ini memberi peluang kepada ahli parlimen untuk mendengar penjelasan daripada kerajaan mengenai usaha berterusan bagi menangani impak ketidaktentuan ekonomi global terhadap negara.