2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, didorong oleh limpahan positif ke atas pasaran tempatan susulan peningkatan semalaman Wall Street ketika anggota Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) bertindak bagi mengakhiri penutupan operasi kerajaan negara maju itu.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh data ekonomi domestik dan global yang semakin positif sekali gus mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap prospek pertumbuhan jangka pendek Malaysia.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Lima wilayah koridor ekonomi negara telah berjaya menarik pelaburan sebenar berjumlah RM87.56 bilion dalam tempoh 10 bulan tahun ini, kata Menteri Kewangan II yang juga memangku tugas Menteri Ekonomi Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) menyediakan lebih RM15 bilion di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang merangkumi kira-kira RM10 bilion pembiayaan diluluskan dan sehingga RM5.35 bilion menerusi minat pelaburan melalui surat hasrat (LOI) daripada pelanggan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini dengan sokongan belian yang kukuh di kaunter saham wajaran tinggi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu kelima berturut-turut di Bursa Malaysia, mencatatkan aliran masuk sebanyak RM280.7 juta minggu lepas.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan minggu ini dengan dibuka tinggi didorong oleh sokongan belian terhadap saham wajaran tinggi terpilih dan pengukuhan ringgit berterusan dijangka menarik aliran masuk dana ke pasaran tempatan walaupun prestasi Wall Street bercampur-campur.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Industri perbankan Malaysia sedang mempercepatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk memantapkan pematuhan, pengurusan risiko dan pengesanan penipuan.
2bulan ago
KUALA KANGSAR, 9 Nov (Bernama) -- Negeri Perak mencatatkan pelaburan bernilai RM6.25 bilion melibatkan 203 projek yang berpotensi menjana lebih 5,000 peluang pekerjaan setakat Jun lepas, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
2bulan ago
KOTA KINABALU, 8 Nov (Bernama) -- Sabah terus mencuri tumpuan sebagai hab pelaburan baharu negara apabila mencatat nilai pelaburan diluluskan berjumlah RM11.37 bilion dalam pelbagai sektor ekonomi untuk tempoh Januari hingga Jun 2025.
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan pelabur mengambil pendekatan berwaspada tetapi membina dalam menghadapi perkembangan peringkat domestik dan luaran.
3bulan ago
Daripada Mohd Hisham Abdul Rafar
SHANGHAI, 7 Nov (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia di Shanghai (MIHAS@Shanghai 2025) yang diadakan sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) mencatatkan jumlah jualan memberangsangkan sebanyak RM1.24 bilion dari tempoh 5-7 Nov.