1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah pada Khamis, dipacu aktiviti pengambilan untung berikutan peningkatan harga baru-baru ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menjangka ringgit kekal kukuh sebagai antara mata wang berprestasi terbaik di rantau ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- OCBC Global Market Research menjangka Malaysia akan mencapai sasaran defisit fiskal sebanyak 4.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini dan menjangka kerajaan menyasarkan defisit lebih kecil antara 3.5 dan 3.8 peratus pada 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu sejajar dengan sentimen lemah di bursa serantau berikutan kebimbangan yang timbul terhadap ketegangan geopolitik Timur Tengah, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutan semalam apabila dibuka rendah hari ini dengan aktiviti jualan sederhana membabitkan kaunter perladangan selain produk dan perkhidmatan pengguna, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif, dengan saham kewangan mendahului penurunan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menerima 2,083 aduan pada separuh pertama 2024, penyusutan 32 peratus daripada 3,063 aduan yang diterima dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit Fitch Solutions, menyemak naik unjuran ringgit bagi akhir 2024 kepada RM4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada RM4.55 sebelum ini.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 26 Sept (Bernama) — Northeast Group Bhd sasar untuk mengumpul kira-kira RM84.5 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya Pasaran ACE pada 15 Oktober depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, mereda kepada 0.3 peratus pada Ogos 2024 berbanding 1.3 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai jualan berjumlah RM4.3 bilion, peningkatan 34 peratus daripada RM3.2 bilion yang dicatatkan pada 2023, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menganggarkan perbelanjaan pembangunan bersih kira-kira RM90 bilion dalam Belanjawan 2025 berikutan Malaysia memasuki tahun akhir Rancangan Malaysia Ke-12.