5bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Ringgit mengukuh sebanyak 5.1 peratus berbanding dolar AS pada suku kedua 2025, yang sebahagian besarnya didorong oleh kelemahan dolar AS secara meluas, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua 2025 bersamaan pertumbuhan 4.4 peratus pada separuh pertama 2025, didorong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh.
5bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bangladesh menjemput pelabur Malaysia untuk mengembangkan kemudahan pengeluaran halal mereka di negara Asia Selatan dan bersama-sama menembusi pasaran halal global yang berkembang pesat.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mencatat prestasi rendah dalam dagangan awal.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Jumaat apabila peniaga menggunakan pendekatan tunggu dan lihat dalam persekitaran sentimen berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2025 lewat hari ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US dalam persekitaran sentimen pelabur berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2025 lewat hari ini dan mata wang Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) --Ekosistem kenderaan elektrik (EV) Malaysia mengorak selangkah lagi kehadapan hari ini dengan pengenalan sistem pembayaran tanpa sentuh yang dipermudahkan di stesen pengecas EV terpilih di seluruh negara.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) telah mencadangkan penerbitan program sukuk subordinat bahagian kedua sehingga RM1 bilion dalam nilai nominal berdasarkan prinsip shariah wakalah bi al-istithmar.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Pemilikan Petronas adalah kekal di bawah kerajaan Persekutuan, namun pendekatan memperkukuh penyertaan negeri-negeri melalui platform kerjasama strategik, pelaksanaan projek bersama dan penglibatan dalam rantaian nilai adalah sejajar dengan struktur Persekutuan yang inklusif selain memastikan kesinambungan manfaat buat semua pihak.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Secara keseluruhan, pengeluaran lateks tempatan masih belum mencukupi untuk memenuhi permintaan industri produk berasaskan lateks, terutama dalam penghasilan sarung tangan getah yang merupakan penyumbang utama kepada nilai eksport produk getah Malaysia.
5bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini selepas terjejas oleh pengambilan keuntungan berikutan saranan dari kumpulan perindustrian Indonesia agar mandat biodiesel B50 ditangguhkan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih dengan rekod tertinggi sebanyak RM168.43 juta bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2025, melonjak 82.7 peratus berbanding RM92.20 juta pada suku tahun yang sama tahun sebelumnya.