1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (BERNAMA) -- Malaysia mengukuhkan hubungan dengan pasaran antarabangsa untuk mencegah gangguan dalam rantaian bekalan semikonduktor global terutamanya apabila lebih banyak dasar perlindungan dijangka diambil selepas kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
Daripada Mohd Shukri Ishak
SEOUL, 24 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bertemu ahli-ahli perniagaan utama Korea Selatan atau lebih dikenali sebagai "Chaebol," dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan gergasi teknologi global itu membuat pelaburan sebanyak US$2 bilion di negara ini.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka menyaksikan dagangan lebih kecil dalam julat 1,600 hingga 1,610 mingu depan manakala angka 1,600 itu juga kekal sebagai paras psikologi dan ambang teknikal yang memaparkan latar belakang ekonomi Malaysia yang kukuh.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Vietnam meminta pelabur Malaysia untuk melabur dalam industri halalnya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Pengeluar kenderaan elektrik (EV) Amerika Syarikat, Tesla menggunakan komponen daripada kira-kira 45 pembekal tempatan secara langsung dan tidak langsung yang turut melibatkan pemindahan teknologi kepada pembekal tempatan.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diteraju oleh sektor perkhidmatan kewangan dan utiliti ketika bursa serantau mencatat prestasi bercampur-campur.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- BMW Group Malaysia kini sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan dan rakan kongsi tempatan dalam rancangannya untuk memasang unit kenderaan elektrik (EV) di Malaysia seiring dengan pengecualian cukai untuk pemilik EV sehingga akhir 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Penyertaan pelbagai jenama global dan negara luar di Smart Nation Expo 2024 membuktikan keyakinan mereka terhadap Malaysia sebagai pusat pelaburan digital utama, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
1tahun ago
Daripada Zarul Effendi Razali
DUBAI, 19 Nov (Bernama) -- Callabio Manufacturing Sdn Bhd, syarikat pengeluar sirap kopi (coffee-syrup) yang berpangkalan di Malaysia menjangkakan potensi jualan lebih RM50 juta menerusi Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) di pameran MIHAS@Dubai 2024.
1tahun ago
Daripada M.Saraswathi
RIO DE JANEIRO (Brazil), 19 Nov (Bernama) -- Brazil, negara terbesar di Amerika Selatan, terletak dalam lokasi strategik langkah “Plus One” industri semikonduktor Malaysia bagi mengurangkan risiko terhadap daya tahan rantaian bekalan mereka.
1tahun ago
RIO DE JANEIRO (Brazil), 19 Nov (Bernama) -- Lawatan sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil berjaya menghasilkan potensi eksport sebanyak RM6.8 bilion (US$1.57 bilion) bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.