10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan 21 permohonan ekuiti dengan 10 daripadanya adalah tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan jumlah permodalan pasaran RM21.39 bilion.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Minat belian yang kukuh dalam bursa tempatan selain peningkatan ketara jumlah tawaran awam awal (IPO) dan pertumbuhan jumlah terkumpul pasaran bon dan sukuk telah meningkatkan saiz pasaran modal sebanyak 9.7 peratus kepada RM4.2 trilion pada 2024 daripada RM3.8 trilion pada 2023.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) – Pesara harus mengalihkan sebahagian kecil daripada simpanan mereka ke dalam instrument pasaran modal yang boleh memberi hasil lebih tinggi untuk meningkatkan kecukupan persaraan mereka dan bukan sebaliknya memegang tunai di tangan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini berikutan peningkatan semalaman Wall Street.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) terus menyokong pelaburan yang membawa teknologi terkini serta meningkatkan kemahiran dan kualiti tenaga kerja tempatan bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing di peringkat global.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kanada sedang mempergiatkan usaha bagi meningkatkan aspek perdagangan dan pelaburannya, termasuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia selain menembusi pasaran baharu.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Kemungkinan berlaku pengurangan jumlah perdagangan global sebanyak 7.0 hingga 10 peratus dalam jangka masa sederhana hingga panjang sekali gus menandakan penurunan ketara jika cadangan tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaksanakan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Malaysia kekal komited dalam usaha memudah cara pelaburan baharu seiring langkah menangani cabaran landskap geopolitik dan geopolitik, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Keuntungan bersih Scientex Bhd (Scientex) menyusut 12.1 peratus kepada RM123.95 juta pada suku kedua berakhir 31 Jan, 2025 berbanding RM141.01 juta tahun sebelumnya.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd mendapati perubahan ketara dalam tabiat perbelanjaan kad kredit, lebih 15 peratus individu kini menggunakan sebanyak 75 peratus atau lebih had kad kredit mereka berbanding 2023.
10bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Rabu susulan tekanan jualan bagi saham perkhidmatan kewangan dan perladangan terpilih, di tengah-tengah ekuiti Amerika Syarikat (AS) terus berdepan ketidaktentuan berikutan kemungkinan berlakunya kemelesetan di negara maju itu.