BERITA TERKINI   Ringgit melepasi paras psikologi 3.99 berbanding dolar AS pada pukul 2.27 petang | Laporan akhir siasatan kemalangan maut bas membawa pelajar UPSI diluluskan Jemaah Menteri, akan didedahkan kepada umum mulai 3 petang hari ini - MOT | DBKL bersama KKM, KPDN akan buat pemeriksaan di bazar Ramadan setiap hari demi jaga kualiti dan harga makanan - Hannah | Kadar sewa tapak bazar Ramadan di bawah seliaan DBKL diturunkan daripada RM500 kepada RM400 - Hannah | Jemaah Menteri larang tindakan jadikan Malaysia sebagai tempat pembuangan e-waste - PM Anwar | 

Terdapat 558 berita berdasarkan kata kunci carian " minggu lepas"

Pembaharuan Kewangan Islam - Bukan Hanya Sekadar Pematuhan Syariah

LONDON, 18 Sept  (Bernama) -- Kewangan Islam era moden mula bertapak di Malaysia pada 1963 dengan penubuhan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (kini dikenali sebagai Lembaga Tabung Haji), yang merupakan pusat kepada transformasi sistem kewangan berasaskan Syariah di Malaysia.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini bagi hari dagangan ketiga berturut-turut disebabkan terutamanya oleh langkah India mengenakan cukai import tinggi ke atas minyak boleh dimakan. 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi Seiring Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. 

Pelabur Asing Beli Bersih Ekuiti RM217.6 Juta Minggu Lepas – MIDF

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Pelabur asing membeli bersih ekuiti berjumlah RM217.6 juta bagi tempoh 9-13 September, untuk minggu kelima berturut-turut, menjelang jangkaan pelonggaran Rizab Persekutuan Amerika Syarikat minggu ini.

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Kukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) dijangka didagangkan kukuh pada minggu depan, menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) pada 17 hingga 18 Sept ini. 

Ringgit Diunjur Terus Mengukuh, Diniagakan Sekitar 4.28-4.29 Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Momentum pengukuhan nilai ringgit dijangka berterusan pada minggu depan, diniagakan pada 4.28-4.29 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (Fed) pada 17-18 September ini.