BERITA TERKINI   Piala Malaysia: UM-Damansara United 0-2 Terengganu FC | Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong akan dilaksanakan kerajaan dengan tegas - PM Anwar | PM Anwar zahir penghargaan kepada petugas jayakan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 | 

Terdapat 557 berita berdasarkan kata kunci carian " dua hala"

Fadillah Ketuai Delegasi Malaysia Ke Mesyuarat Menteri Tenaga ASEAN Di Laos

Daripada Norsyafawati Ab Wahab

VIENTIANE, 24 Sept (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-42 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, di sini pada 26 hingga 27 September ini.

Malaysia Seperti Negara ASEAN Lain Terus Kukuhkan Pendirian Neutral, Tarik Pelaburan, Perdagangan Ke Rantau Itu

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Malaysia seperti negara-negara ASEAN lain akan terus mengukuhkan pendirian neutral supaya lebih banyak pelaburan dan perdagangan akan mengalir ke blok itu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Malaysia Sertai Enam Negara Ratifikasi Penyertaan UK Dalam CPTPP

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Malaysia secara rasmi meratifikasi penyertaan United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), sekali gus menandakan perjanjian perdagangan bebas dua hala pertama negara ini dengan UK.

Tetingkap Tunggal Malaysia Mudahkan Perdagangan Malaysia Dan China - MITI

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yakin sistem tetingkap tunggal Malaysia yang akan diharmonikan bersama kastam China akan memudahcara operasi perniagaan dan perdagangan.

Perkongsian Strategik Komprehensif Pacu Pertumbuhan Perdagangan Malaysia-India

Oleh V. Sankara

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- India yakin bahawa Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) yang baharu dipertingkatkan dengan Malaysia akan mendorong perdagangan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dengan sasaran US$25 bilion menjelang 2026, kata Menteri Hal Ehwal Luar India, Kirti Vardhan Singh.