Bursa Malaysia Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin berikutan minat belian dalam perbankan, telekomunikasi dan saham berkaitan komoditi.
| BERITA TERKINI | Piala Uber: Jepun 1 Malaysia 0: Akane Yamaguchi kalahkan K. Letshanaa 21-19, 21-17 | Piala Thomas: Malaysia 4 Finland 1: Soh Wooi Yik-Tee Kai Wun menewaskan Ananda Galvani Daniswara-Alvar Melleri 21-7, 21-14 | Piala Thomas: Malaysia 0 Finland 1: Leong Jun Hao kalah kepada Joakim Oldorff 17-21, 15-21 | Isu Kerajaan Negeri Sembilan: UMNO pusat akan bertemu ADUN UMNO negeri dalam masa terdekat - Ahmad Zahid | UMNO akan bertemu PM Anwar, bincang isu Kerajaan Negeri Sembilan - Ahmad Zahid | |
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin berikutan minat belian dalam perbankan, telekomunikasi dan saham berkaitan komoditi.
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) memperuntukkan dana RM100 juta kepada platform pembiayaan antara rakan setara (P2P) terkemuka di Malaysia, dengan bahagian terbesar diberikan kepada microLEAP.
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Penerimagunaan yang meluas dan peningkatan teknologi pertanian digital (DAT) akan mempercepat perjalanan Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, menurut laporan Bank Dunia.
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Saiz pasaran perkhidmatan penjagaan kesihatan Malaysia diunjurkan mencecah US$48.41 bilion (US$1=RM4.28) pada 2028 dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) 13.5 peratus, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- PMB Investment Bhd hari ini mengumumkan jumlah pengagihan kasar sebanyak RM2.88 juta untuk PMB Dana Bestari bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept 2024, dengan pemegang unit menerima pengagihan pendapatan sebanyak 2.93 sen seunit.
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Selain mahu menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah (EU), Malaysia juga telah mengemukakan permohonan menyertai BRICS dan sedang berbincang dengan kalangan negara ASEAN untuk memperkukuh perdagangan.
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Sektor perindustrian Malaysia dijangka mengekalkan trajektori pertumbuhan pada separuh kedua 2024, dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh dan pemulihan beransur-ansur dalam pasaran global, kata Public Investment Bank Bhd (PIVB).
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan dijangka mengumumkan langkah cukai baharu dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini memandangkan asas cukai menunjukkan pertumbuhan yang terhad sejak Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan pada 2018.
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari disebabkan peniaga menunggu data Indeks Harga Pengeluar (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang akan datang sebagai petunjuk untuk mengukur pergerakan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS pada masa depan, kata penganalisis.
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pelabur asing terus menjual ekuiti domestik selama tiga minggu berturut-turut, walaupun pada kadar yang lebih sederhana sebanyak RM45.7 juta, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Melaksanakan inisiatif di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan permohonan menyertai BRICS, antara strategi kerajaan untuk mengatasi kesan konflik geopolitik yang berpanjangan.
Daripada Nurunnasihah Ahmad Rashid
DUBAI, 13 Okt (Bernama) — Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menekankan kepentingan mendedahkan syarikat teknologi digital tempatan kepada amalan terbaik antarabangsa untuk membantu mereka berkembang melangkaui pasaran Malaysia, menarik pelaburan asing dan memupuk bakat (pekerja berkemahiran).