9bulan ago
KUALA LUMPUR, Mac 3 (Bernama) -- Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2024) 2025 bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan berjumlah RM20,191,299,500 daripada Kumpulan Wang Disatukan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- MBSB Group melancarkan Pusat Perbankan Komersialnya di ibu pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di sini, sekali gus mengukuhkan komitmennya untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat bersaiz sederhana terutamanya yang berkembang ke pasaran antarabangsa.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan bersepadu IHH Healthcare Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 menyusut kepada RM2.66 bilion daripada RM2.95 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih MR DIY Group (M) Bhd melonjak kepada RM568.94 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 berbanding RM560.67 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun kewangan sebelum ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sejajar dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- KNM Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, KNM Process Systems Sdn Bhd (KNMPS) telah menandatangani perjanjian jual beli serta pemindahan bersyarat dengan NGK Insulators Ltd dari Jepun untuk cadangan pelupusan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Deutsche KNM GmbH (DKNM) pada harga 270 juta euro (kira-kira RM1.24 bilion).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Mah Sing Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2024 meningkat kepada RM240.75 juta berbanding RM215.29 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2023, mencerminkan permintaan yang berdaya tahan berikutan harga yang berpatutan dan lokasi projek yang strategik.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd (SDP) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM502.20 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024 (TK2024), meningkat 23.1 peratus berbanding RM407.91 juta pada tahun sebelumnya.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi kukuh di pasaran tunai.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Axiata Group Bhd kembali mencatatkan keuntungan selepas meraih keuntungan bersih sebanyak RM946.82 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2024 daripada kerugian bersih RM1.99 bilion pada tahun kewangan 2023.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) melonjak 7.8 peratus kepada RM2.01 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember berbanding RM1.87 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini berikutan kos kewangan bersih yang lebih rendah dan pengiktirafan baki kredit cukai satu kali.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang menilai langkah penyusunan semula saiz tenaga kerjanya yang turut melibatkan pendekatan daripada peringkat tertinggi hingga peringkat terendah.