11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kerugian bersih Berjaya Corporation Bhd pada suku kedua yang berakhir 31 Dis, 2024 mengecil kepada RM88.68 juta berbanding RM120.77 juta pada tahun lepas.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih MR DIY Group (M) Bhd melonjak kepada RM568.94 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 berbanding RM560.67 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun kewangan sebelum ini.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Press Metal Aluminium Holdings Bhd (Press Metal) bagi tahun kewangan 2024 (TK2024) berakhir pada 31 Dis, 2024, meningkat kepada RM1.76 bilion daripada RM1.22 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd (SDP) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM502.20 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024 (TK2024), meningkat 23.1 peratus berbanding RM407.91 juta pada tahun sebelumnya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Axiata Group Bhd kembali mencatatkan keuntungan selepas meraih keuntungan bersih sebanyak RM946.82 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2024 daripada kerugian bersih RM1.99 bilion pada tahun kewangan 2023.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd mencatatkan keuntungan selepas zakat dan cukai sebanyak RM378.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, melonjak sembilan peratus berbanding RM347.1 juta pada 2023.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kerajaan komited membangunkan ekosistem industri nadir bumi (REE) merangkumi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran dengan menawarkan pelbagai insentif serta sokongan strategik bagi menarik lebih banyak pelaburan tempatan dan asing.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) melonjak 7.8 peratus kepada RM2.01 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember berbanding RM1.87 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini berikutan kos kewangan bersih yang lebih rendah dan pengiktirafan baki kredit cukai satu kali.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petroliam Nasional Bhd (Petronas) susut 32 peratus kepada RM55.1 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, daripada RM80.7 bilion pada tahun kewangan 2023.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Kemajuan dalam penanaman semula sawit masih ketinggalan, dengan Malaysia hanya berjaya menanam semula 114,000 hektar atau 2.0 peratus daripada jumlah kawasan bertanam pada 2024, menyusut daripada 132,000 hektar (2.3 peratus) pada 2023.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mesti menerima kecerdasan buatan (AI) dan e-invois untuk kekal kompetitif dalam ekonomi Malaysia yang semakin berkembang, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) susut kepada RM1.175 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 daripada RM1.696 bilion pada tahun sebelumnya.