BERITA TERKINI   Kadar inflasi Malaysia sebanyak 1.2 peratus pada Mei 2025, paras terendah dalam tempoh 51 bulan - DOSM | Seramai 53 calon STPM 2024 dapat 5A, meningkat berbanding 41 pada 2023 - Pengerusi MPM | PNGK nasional STPM 2024 meningkat kepada 2.85 berbanding 2.84 pada 2023 - Pengerusi MPM | Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 jadikan KL bandar bersifat manusiawi, inkusif, guna teknologi digital, AI - PM Anwar | Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 permulaan rombakan besar dalam perancangan pembangunan ibu negara - PM Anwar | 

Terdapat 5356 berita berdasarkan kata kunci carian " e"

Antara Muka Bahasa Inggeris Komitmen Taobao terhadap Pasaran E-dagang Malaysia 

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Pelancaran 'antara muka (interface) beta bahasa Inggeris' melambangkan komitmen Taobao terhadap pasaran e-dagang Malaysia selain meningkatkan kebolehcapaian dengan menumpukan kepada penyelarasan ciri-cirinya agar lebih mesra pengguna.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Niaga Hadapan Soya Lebih Kukuh

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran meningkatnya untuk ditutup tinggi bagi tiga hari dagangan berturut-turut, dipacu oleh niaga hadapan minyak kacang soya yang lebih kukuh di Chicago Board of Trade, kata seorang peniaga.

Eksport Lada Malaysia Bernilai RM86.4 Juta Sehingga Julai Tahun Ini - Chan

JOHOR BAHRU, 20 Sept (Bernama) -- Eksport lada Malaysia meningkat kepada RM86.4 juta bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun ini berbanding RM80.2 juta bagi tempoh sama tahun lepas, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat di tengah-tengah kebimbangan berterusan mengenai kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat (AS) dan China. 

Pemotongan FFR As Beri Kelebihan Pada Ringgit Untuk Ditutup Tinggi

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Ringgit memperoleh kelebihan yang ketara daripada pemotongan 50 mata asas (bps) kadar dana persekutuan (FFR) Amerika Syarikat (AS), kerana nilainya terus meningkat berbanding dolar AS, kata seorang penganalisis.

Northport Catat Rekod Baharu Kendali 52,480 FWT Kargo Keluli

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Northport (Malaysia) Bhd, ahli Kumpulan MMC, sekali lagi mencipta rekod baharu bagi pengendalian tertinggi untuk kargo pukal dari sebuah kapal, mengatasi pencapaian yang dicatatkan pada Mac lepas.

Anugerah MIHAS 2024 Perkenal Kategori Kelestarian, Iktiraf Amalan Mesra Alam

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Anugerah Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 yang berprestij kembali tahun ini dengan kategori baharu iaitu Anugerah Kelestarian untuk mengiktiraf usaha menerima pakai amalan mampan dalam industri Halal.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Serantau

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran Asia lain yang mendapat rangsangan daripada kenaikan di Wall Street, apabila para pelabur menyambut baik penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS). 

Mycron Steel Meterai MoU dengan Pengeluar Keluli Jepun JFE Steel

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Mycron Steel Bhd memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan pengeluar keluli Jepun JFE Steel Corporation bagi memacu penggunaan penyelesaian keluli hijau di Malaysia.

Pembeli iPhone 16 Pertimbang Pilihan Di Sebalik Perbezaan Harga

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Ramai pengguna sedang mempertimbangkan sama ada membeli iPhone 16 terbaharu di pasaran tempatan adalah pilihan kewangan yang lebih baik dengan mengambil kira turun naik nilai ringgit berbanding nilai mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dan dolar Singapura.

Khairul Kamarudin Menangi CEO Terbaik Di GIFA 2024

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) Khairul Kamarudin memenangi anugerah berprestij CEO Terbaik di Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA) 2024.

Malaysia Perlu Tumpu Pada Pengkomputeran Hijau Untuk Tarik Pelaburan Pusat Data

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu memberikan lebih tumpuan ke atas perkakasan dan perisian pengkomputeran hijau agar seiring dengan kemajuan dalam infrastruktur teknologi maklumat (IT) jika mahu terus menarik pelaburan pusat data global.