11bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat sedikit pada sesi awal dagangan Jumaat sebelum susut kemudiannya, diasak sentimen berhati-hati walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang positif, kata penganalisis.
11bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada Selasa dalam mod berhati-hati, menjejaki penurunan semalaman Wall Street disebabkan penjualan besar-besaran dalam sektor teknologi, kata seorang penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Malaysia mahu menumpukan aspek penglibatan strategik dengan rakan perjanjiian perdagangan bebas (FTA) dan pasaran sedang pesat membangun pada 2025 dalam usaha meningkatkan eksportnya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan lebih 20,000 pengunjung dan 750 pempamer pelbagai negara menyertai Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa 2025.
11bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, didorong oleh kekurangan pemangkin baharu dan sentimen berhati-hati menjelang minggu dagangan yang singkat berikutan cuti sempena perayaan.
11bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami dagangan dalam julat kecil berikutan tempoh dagangan singkat susulan cuti umum sempena perayaan.
11bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Aktiviti pengambilan untung yang berterusan untuk hari kedua berturut-turut mengasak Bursa Malaysia untuk ditutup rendah hari ini berikutan pelabur bersiap sedia dengan jadual dagangan singkat minggu depan, kata seorang penganalisis.
11bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan selepas meningkat selama empat hari berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran kebanyakan pasaran serantau yang lemah, kata penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis disebabkan jualan dalam saham wajaran tinggi khususnya Public Bank and Tenaga Nasional.
11bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, seiring kenaikan pasaran minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT), kata peniaga.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan memacu Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi hari ini, meskipun pendirian Presiden Amerika Syarikat Donald Trump (AS) terhadap dasar tarif yang baharu masih belum ditentukan.
11bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini, dalam persekitaran sentimen serantau yang semakin pulih, seiring dengan prestasi positif di Wall Street.