2bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 18 Nov (Bernama) -- Johor terus mencatatkan jumlah pelaburan komited tertinggi sebanyak RM91.1 bilion sehingga suku ketiga 2025, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri Lee Ting Han.
2bulan ago
GEORGE TOWN, 18 Nov (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) dijangka membuka peluang akses bebas tarif kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) halal tempatan termasuk Pulau Pinang ke pasaran AS.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa menerbit dan menerbit semula sukuk jangka pendek berjumlah US$1.35 bilion (US$1 = RM4.15) merangkumi lima tempoh matang, penawaran dengan julat kematangan paling luas dalam satu lelongan setakat ini.
2bulan ago
Daripada Fatin Umairah Abdul Hamid
ISTANBUL (TÜRKIYE), 17 Nov (Bernama) -- AirAsia X (AAX) sedang merancang untuk meneroka beberapa destinasi tambahan di Eropah yang disasarkan untuk dilancarkan tahun depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Benyamin Ismail.
2bulan ago
Oleh M. Saraswathi
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan bersejarah ke Ethiopia ketika Malaysia berusaha untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan benua Afrika melalui ibu pejabat Kesatuan Afrika di ibu kota negara itu, Addis Ababa.
2bulan ago
KOTA KINABALU, 17 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang memperhalusi beberapa cadangan pelaburan berteknologi tinggi di Sabah termasuk dalam sektor semikonduktor bagi memastikan negeri itu tidak menjadi hab pemasangan (assembly hub) semata-mata.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Strategi Malaysia yang seterusnya untuk industri elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor adalah untuk mempertingkatkan rantaian nilainya di tengah-tengah cabaran perdagangan global, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Pakar kejuruteraan geoteknik dan asas, Geohan Corporation Bhd berhasrat untuk mengumpulkan RM72.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 5 Disember 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bank Rakyat menerbitkan Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN) Sukuk Wakalah bernilai RM600 juta melalui syarikat tujuan khas (SPV) Imtiaz Sukuk II Bhd.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 17 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual memulakan lawatan penting ke tiga negara di benua Afrika iaitu Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya bermula 18 hingga 24 November untuk memacu hubungan ekonomi serta membuka ruang pelaburan baharu Malaysia di benua itu.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Malaysia mengukuhkan kedudukannya dalam penyelidikan nutrisi berasaskan sains melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang sedang menjalankan kajian menilai nilai nutrisi, komponen bioaktif dan kesan kesihatan daripada penggunaan minyak sawit.
2bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Penyediaan sistem tenaga yang selamat dan sedia masa depan bukan sahaja mengenai infrastruktur fizikal semata-mata tetapi ia turut melibatkan kecerdasan, sambungan dan modal insan yang menjananya, kata Ketua Pegawai Maklumat Tenaga Nasional Bhd, Azlan Ahmad.