Terdapat 771 berita berdasarkan kata kunci carian " air"

Malaysia Airlines Sambung Semula Penerbangan Ke London

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Malaysia Airlines akan menyambung semula operasi penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Heathrow, London hari ini.

MAG Tempah 60 Enjin CFM Leap Untuk Pesawat Boeing 737 Max

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) dan CFM International (CFM) telah mengumumkan pesanan untuk enjin 60 CFM Leap-1B termasuk alat ganti tambahan kepada armada baharu MAG yang merangkumi 30 pesawat Boeing 737 Max.

Empat Penerbangan Malaysia Airlines Ke London Terjejas Disebabkan Penutupan Lapangan Terbang Heathrow

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Empat penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke London terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Heathrow London, United Kingdom kata Malaysia Aviation Group (MAG).

Inflasi Malaysia Meningkat Dengan Kadar Perlahan 1.5 Peratus Pada Februari 2025 – Perangkaan

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat dengan kadar perlahan 1.5 peratus pada Februari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 134.1 berbanding 132.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Boeing Akan Tingkatkan Tenaga Kerja Malaysia Sebanyak 20 Peratus Bagi Menyokong MAG

PUTRAJAYA, 21 Mac (Bernama) -- Presiden Boeing Global Brendan Nelson mengumumkan syarikat itu akan meningkatkan tenaga kerjanya di Malaysia sebanyak 20 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang bertujuan mengukuhkan komitmennya terhadap industri aeroangkasa negara.

Tempahan Pesawat Baharu MAG Kukuhkan Komitmen Untuk Pertumbuhan - PM Anwar

PUTRAJAYA, 21 Mac (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) membuat tempahan tinggi melibatkan 30 pesawat Boeing 737, meliputi 18 pesawat Boeing 737-8 dan 12 pesawat Boeing 737-10 dengan kuasa enjin CFM LEAP-1B, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MAG Terima 30 Pesawat Berbadan Sempit Boeing 737 Baharu

PUTRAJAYA,  21 Mac (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) telah mengumumkan pemerolehan 30 pesawat baharu terus daripada Boeing sebagai sebahagian daripada strategi pemodenan pesawatnya.

Pembangunan Labuan Waterfront Rancakkan Pertumbuhan Ekonomi

LABUAN, 21 Mac (Bernama) -- Cadangan pembangunan Fasa 1 Waterfront Labuan dijangka merancakkan pertumbuhan ekonomi serta memberi manfaat besar kepada penduduk pulau ini, kata Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS),  Profesor Madya Dr Romzi Ationg.

IOI Properties Perkenal Bangi Fresco, Tingkatkan Gaya Hidup Di Lembah Klang Selatan

BANGI, 20 Mac (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd (IOIPG) memperkenalkan Bangi Fresco, evolusi seterusnya bagi perbandaran Bandar Puteri Bangi yang terkenal, sekali gus meningkatkan lagi landskap gaya hidup di Lembah Klang Selatan dengan hab runcit baharu yang dinamik.

Malaysia Airports Pekukuhkan Ketersambungan Antarbangsa Melalui Laluan Baharu

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah mengukuhkan ketersambungan antarabangsa dengan memperkenalkkan laluan penerbangan baharu pada Februari 2025.

SC: 21 Tawaran Pengambilalihan, Penggabungan Bernilai Rm18.22 Bilion Diluluskan Pada 2024

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan 21 dokumen tawaran melibatkan jumlah nilai tawaran sebanyak RM18.22 bilion di bawah pengambilalihan dan penggabungan pada 2024 berbanding 10 tawaran bernilai RM5.53 bilion pada tahun sebelumnya.

Gagasan Nadi Unit Raih Kontrak RM134.41 Juta Di Bandar Elmina, Selangor

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Nadi Emery Sdn Bhd (NESB) yang juga unit Gagasan Nadi Cergas Bhd, berjaya memperoleh kontrak bernilai RM134.41 juta daripada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS).