Terdapat 728 berita berdasarkan kata kunci carian " kri"

MIDA, BEYOND4 Jalin Kerjasama Sokong PKS Yang Berkembang Pesat

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta BEYOND4 Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berkembang pesat.

Perdagangan Borong Dan Runcit Naik 5.5 Peratus Kepada RM1.77 Trilion - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia merekodkan nilai jualan sebanyak RM1.77 trilion pada 2024 selepas mencatatkan RM152.2 bilion pada Disember, naik 5.5 peratus dari tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Penggunaan Data EO Dorong Tambahan US$100 Bln Kepada KDNK ASEAN - Laporan

SINGAPURA, 11 Feb (Bernama) -- Peningkatan penggunaan data Pemerhatian Bumi (EO) di serata Asia Tenggara dijangka menyumbang penambahan US$100 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rantau ini secara kumulatif bagi tempoh 2023 hingga 2030, kata laporan yang dikeluarkan hari ini.

Malaysia Komited Perkukuh Kerjasama Lapangan Terbang Dengan Turkiye - PM Anwar

PUTRAJAYA, 11 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan di atas keyakinan kerajaan Turkiye terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), sekali gus mengesahkan lagi kerjasama kukuh dalam pengendalian Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISGA).

Malaysia Dan Turkiye Iktiraf Perjanjian MTFTA, Perluasan Pada 2024

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) --  Malaysia dan Turkiye secara bersama menzahirkan pengiktirafan terhadap Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turkiye (MTFTA) yang telah berkuat kuasa sejak 2015.

MyGAS 2025 Tumpu Usaha Tangani Cabaran Pembiayaan Dalam Industri Gas

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Simposium Gas Malaysia 2025 (MyGAS 2025) akan memberi tumpuan kepada cabaran kritikal yang dihadapi industri gas iaitu mendapatkan pembiayaan bagi projek berkaitan gas dalam landskap tenaga yang sentiasa berubah untuk memastikan keselamatan tenaga, kemampuan dan kemampanan.

Yinson Beri Geran Y4Y RM50,000 Kepada Yayasan SOLS Dan SAGEMAKER ASIA

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Yinson Holdings Bhd telah menganugerahkan geran Yinson4Youth (Y4Y) kepada Yayasan SOLS dan SAGEMAKER ASIA PLT, dengan setiap organisasi menerima geran sebanyak RM50,000.

PKNPk, Gamuda Bekerjasama Tangani Isu Kekurangan Air Kritikal Di Perak Utara

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Gamuda Bhd menandatangani perjanjian pengaturan eksklusif dengan matlamat untuk membangunkan infrastruktur dalam menangani masalah kekurangan air yang kritikal di Perak Utara.

Weststar-GAP Aviation Peroleh Kontrak Helikopter RM176 Juta Di Timor-Leste

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Weststar-GAP Aviation LDA, usaha sama antara Timor Gap-Timor Gas Petroleo EP dan Weststar Aviation Timor, Unipessoal, LDA telah memperoleh kontrak perkhidmatan pengangkutan helikopter dengan syarikat tenaga Australia, Santos NA (19-12) Pty Ltd bernilai US$40 juta atau RM175. 6 juta. 

BNM Kenakan Penalti Berjumlah RM1.66 Juta Pada Empat Institusi Kewangan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) berjumlah RM1.66 juta terhadap empat institusi kewangan kerana tidak mematuhi Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan/atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA).

Malaysia Catat 27.9 Juta Ancaman Dalam Talian Pada 2024 -- Kaspersky

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Syarikat keselamatan siber global Kaspersky mengesan dan menyekat 27.9 juta ancaman web di Malaysia pada tahun lepas, menokok sebanyak empat peratus daripada 2023.