BERITA TERKINI   Kerajaan negeri perlu patuhi ketetapan berkaitan pembinaan rumah ibadat secara tidak sah - PM Anwar | 

Terdapat 2673 berita berdasarkan kata kunci carian " kad"

Penerimagunaan AI Di Malaysia Meningkat 35 Peratus Tahun Ini - Amazon Web Services

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Penerimagunaan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia meningkat sebanyak 35 peratus tahun ke tahun, dengan kira-kira 2.4 juta perniagaan pada masa ini telah menggunakan AI, menurut laporan Amazon Web Services (AWS), syarikat milik Amazon.com.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah pada Selasa selepas China memotong insentif cukai ke atas pembelian barang kemas runcit pada hujung minggu sebelum ini, kata rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Pinjaman Negara Hanya Untuk Pembangunan, Bukan Perbelanjaan Operasi – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak pernah meminjam untuk menampung perbelanjaan operasi semasa, sebaliknya, setiap pinjaman dibuat bagi tujuan membangunkan masa depan negara seperti membina prasarana, memperkukuh daya saing dan menyediakan peluang saksama untuk rakyat.

Ringgit Meningkat Berikutan Data AS Lemah, Ketidakpastian Fed Pengaruhi Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Selasa berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan ketidakpastian mengenai langkah dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) AS yang seterusnya memberi kesan kepada dolar AS.

Permintaan Hartanah Kediaman Di Negeri Sembilan Terus Mengukuh - REHDA

SEREMBAN, 4 Nov (Bernama) -- Permintaan terhadap hartanah kediaman di Negeri Sembilan terus meningkat kukuh, didorong oleh kestabilan ekonomi dan keyakinan yang tinggi dalam kalangan pengguna.

Malaysia Pergiat Usaha Jadi Hab Semikonduktor Global - MSIA

GEORGE TOWN, 4 Nov (Bernama) -- Malaysia sedang mempergiat usaha untuk menempatkan dirinya sebagai hab global bagi industri semikonduktor, selaras dengan matlamat strategik kerajaan untuk meningkatkan kedudukan dalam rantaian nilai ke arah reka bentuk litar bersepadu (IC) dan pembuatan termaju.

Sistem e-Invois LHDN Capai 106,000 Pengguna, Nilai Transaksi Lebih RM675 Juta

PUTRAJAYA, 4 Nov (Bernama) -- Pelaksanaan Sistem e-Invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) terus menunjukkan pencapaian memberangsangkan apabila merekodkan lebih 106,000 pembayar cukai dengan transaksi berjumlah lebih RM675 juta, setakat ini.

Ringgit Dibuka Lebih Tinggi Apabila Dolar AS Hadapi Ketidaktentuan Dasar Monetari

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kekal kukuh pada Selasa, apabila ketidaktentuan dasar monetari AS yang berterusan menjejaskan mata wang itu.

Subsidi RON95 Ambil Masa, Untuk Pastikan Pelaksanaan Teliti, Tidak Jejas Rakyat - MOF

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kerajaan mengambil masa lebih lama untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 berbanding subsidi lain bagi memastikan pelaksanaannya dapat dilakukan dengan teliti dan tidak menjejaskan rakyat.

Henti Dwistandard Terhadap Minyak Sawit, Kata Pengerusi MPOB

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Hipokrasi yang mengelilingi dasar persekitaran global mesti dihentikan, kata Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Mohamad Helmy Othman Basha.KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Hipokrasi yang mengelilingi dasar persekitaran global mesti dihentikan, kata Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Mohamad Helmy Othman Basha.

KPK Teliti Mekanisme TSPKS 3.0 Bagi Pertingkat Produktiviti Sawit -- Johari

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sedang meneliti mekanisme pelaksanaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 3.0 agar lebih menyeluruh dan memberi impak maksimum kepada pekebun kecil persendirian (PKP).

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 3 Nov  (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin susulan kekurangan pemangkin baharu bagi mata wang tempatan itu  menjelang pengumuman beberapa data ekonomi utama Amerika Syarikat (AS).