BERITA TERKINI   Liga Super: Kuching City FC 4-0 Melaka FC | 

Terdapat 521 berita berdasarkan kata kunci carian " perlindungan"

IILM Terbit Semula Ṣukuk Jangka Pendek Terbesar Tahun Bernilai US$1.31 Bilion

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) telah menyelesaikan penerbitan semula sukuk jangka pendek beragregat US$1.31 bilion (US1=RM4.3415) merentasi tenor satu, tiga dan enam bulan.

Untung Bersih F&N Melonjak Kepada RM542.77 Juta Bagi Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) meningkat kepada RM542.77 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM536.90 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

TGIF Malaysia Tidak Terjejas Dengan Penyusunan Semula TGIF Inc

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) --TGI Fridays (TGIF) Malaysia memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa restoran francais tempatan itu kekal beroperasi sepenuhnya dan tidak terjejas oleh pemfailan Chapter 11 (bankrap) oleh TGIF Inc. di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

5,000 Pengunjung Meriahkan Karnival Kita Peduli mySalam

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Penganjuran Karnival Kita Peduli mySalam yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di Klang, Selangor hari ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran 5,000 pengunjung.

Syarikat Sweden Sokong Peralihan Hijau Malaysia Dengan Pelaburan Mampan - Duta

Oleh Kisho Kumari Sucedaram & Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) - Syarikat-syarikat terkemuka Sweden yang telah melabur dalam pembangunan perindustrian Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan, meminjamkan kepakaran mereka dalam usaha peralihan ekonomi hijau negara dengan tumpuan kepada agenda kemampanan.

Niaga Hadapan Emas Melonjak, Pelabur Tumpu Pilihan Raya Presiden AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada hari Rabu selepas para pelabur menumpukan perhatian mereka pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) minggu depan, kata seorang penganalisis.

Malaysia Kutip Kira-kira RM500 Juta Duti Anti-Lambakan Bagi Tempoh 2016 Hingga Jun 2024

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Malaysia mencatat kutipan duti anti-lambakan bernilai kira-kira RM500 juta bagi tempoh 2016 hingga Jun 2024 dalam usaha mengurangkan kesan import tidak adil, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Pengguna Malaysia Masih Terdedah Kepada Ancaman Siber - Kaspersky

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pengguna Malaysia masih terdedah kepada ancaman siber, seiring dengan perkembangan pesat pusat data di negara ini, menurut laporan terkini daripada Kaspersky.

MyDigital ID Pilihan Log Masuk Tambahan myTNB Mulai Awal 2025 - TNB

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) membolehkan pelanggan menggunakan MyDigital ID bagi tujuan log masuk tambahan platform myTNB bermula awal tahun depan.

SEGIM Langkah Proaktif Malaysia Wujud Ekosistem Ekonomi Gig Lebih Mampan

PUTRAJAYA, 28 Okt (Bernama) -- Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia (SEGiM) menjadi bukti jelas tindakan Malaysia dalam mengambil langkah proaktif bagi membentuk ekosistem ekonomi gig yang lebih mampan dan inklusif. 

BMS 2024 Galakkan Amalan Menabung

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Sebanyak RM19 bilion jumlah deposit daripada produk Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) diterima dengan bilangan akaun berjumlah 6.61 juta setakat 30 Sept lepas.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan tinggi minggu depan ketika para pelabur bersiap sedia menghadapi keadaan pasaran yang tidak menentu menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).