11bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih tinggi bagi hari keempat berturut-turut, didorong oleh belian saham-saham, terutama teknologi dan pembinaan menjelang pengumuman laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) pada lewat hari ini, kata penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Nilai perolehan kontrak Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) 2025 dijangka meningkat RM4 bilion hingga RM5 bilion berikutan kesan limpahan penangguhan projek seperti pembangunan semula Stadium Shah Alam dan Kuala Lumpur Sentral serta arahan perubahan kerja LRT3.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada Selasa depan bersempena cuti umum Thaipusam.
11bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti belian terutamanya dalam sektor pembinaan, hartanah, utiliti dan teknologi, kata penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dipacu oleh belian saham wajaran tinggi terpilih dan saham pembinaan, kata penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa susulan aktiviti belian saham berharga rendah dalam kebanyakan kaunter berkaitan indeks, diterajui oleh perkhidmatan kewangan, kata penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Syarikat berstatus PN17 (Nota Amalan 17), KNM Group Bhd, masih dalam proses merangka pelan untuk menyelaraskan keadaan kewangannya, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
11bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri hari dagangan pertama Februari pada Isnin dengan lebih rendah, diasak sentimen mengelak risiko yang ketara di pasaran susulan tindakan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan tarif baharu.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka menyaksikan peningkatan aktiviti perdagangan, didorong oleh sentimen lebih baik di pasaran serantau dan global berikutan pelabur bersiap sedia untuk membeli saham berharga rendah selepas musim perayaan, kata penganalisis.
11bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan lantunan semula daripada penurunan pada sesi pagi untuk ditutup tinggi dalam minggu dagangan singkat ini meskipun dagangan yang kecil, disokong oleh minat belian baharu, kata seorang penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia kerana peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh pelabur awam minimumnya kini kurang daripada 25 peratus.
11bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan dagangan lemahnya untuk ditutup rendah hari ini susulan jualan yang berterusan apabila pasaran dipengaruhi oleh reaksi negatif Wall Street terhadap pengenalan model kecerdasan buatan (AI) DeepSeek oleh China, kata seorang penganalisis.