2hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Sektor pembuatan Malaysia stabil pada separuh kedua 2025 berikutan kelemahan awal, dengan peningkatan beransur-ansur dijangka pada separuh pertama 2026, kata Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) dan Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) hari ini memeterai perjanjian lanjutan operasi, kemudahan dan pengurusan serta perjanjian pemajakan bertujuan mengukuhkan lagi operasi pelabuhan dan perkhidmatan maritim di pulau bebas cukai itu.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari Selasa, sejajar dengan prestasi positif pasaran serantau, disokong minat belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui sektor perkhidmatan kewangan serta produk dan perkhidmatan industri.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Sektor domestik Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun pasaran tidak menentu dalam masa terdekat, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, didorong oleh kenaikan Wall Street dan disokong oleh pembelian meluas di pasaran serantau.
3hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, seiring kenaikan harga minyak mentah serta jangkaan eksport yang bertambah baik.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Advancecon Holdings Bhd (Advancecon) melantik bekas Ketua Polis Negara ke-14, Tan Sri Razarudin Husain sebagai Pengerusinya bagi menggantikan Yeoh Chong Keat berkuatkuasa hari ini.
3hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin apabila pedagang dilihat bersikap berhati-hati menjelang kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat mengambil pendekatan lebih agresif dalam mesyuarat minggu ini.
3hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan ketegangan geopolitik yang berterusan di Asia Barat terus memberi kesan kepada sentimen pasaran.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan memperuntukkan RM20 juta kepada Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF), sebagai tambahan kepada RM30 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2026, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan pada tahun ini sebanyak RM50 juta.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan penjualan bersih selama empat minggu berturut-turut di lapan pasaran Asia, dengan aliran keluar bersih berjumlah US$16.8 bilion, menurut MBSB Investment Bank Bhd.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, dipengaruhi aktiviti pengambilan untung dalam saham produk dan perkhidmatan industri, produk dan perkhidmatan pengguna serta pembinaan.