1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd telah menganugerahkan kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) kepada dua syarikat bagi loji penulenan biometana miliknya di Trong dan Air Kuning, Perak.
1bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mesti dilihat sebagai penyelesaian barisan hadapan yang kritikal bagi melengkapkan tenaga kerja di Malaysia dengan kemahiran bagi industri pertumbuhan tinggi seperti semikonduktor, tenaga boleh baharu dan kenderaan elektrik, kata seorang pakar ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) menyasarkan pembiayaan diluluskan sebanyak RM300 juta untuk projek peralihan tenaga di bawah Fasiliti Peralihan Tenaga Negara (NETF) pada akhir 2025.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 10 Sept (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menerima Surat Aku Janji daripada 13 pemaju projek di bawah Program LSS PETRA 5+ (Solar Berskala Besar - Peralihan Tenaga SuRiA Pusingan Kelima Tambahan) yang berjaya dalam proses bidaan terbuka dikendalikan Suruhanjaya Tenaga.
1bulan ago
OSAKA, 10 Sept (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menegaskan komitmen Malaysia untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050 di samping menekankan peranannya dalam memajukan integrasi tenaga ASEAN ketika berlangsungnya Minggu Tenaga di Pavilion Malaysia pada acara dunia, Expo 2025 Osaka, di sini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Malaysia memiliki sekurang-kurangnya 4,100 pusat pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara bagi memenuhi permintaan EV yang semakin meningkat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Beberapa negara anggota ASEAN termasuk Malaysia secara asasnya bersetuju untuk menimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai satu daripada sumber tenaga baharu di masa hadapan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) meraih potensi pelaburan bernilai RM450 juta dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) dan jentera daripada misi perdagangan dan pelaburannya ke Belanda baru-baru ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Malaysia memberi tumpuan menarik pelaburan berimpak tinggi dalam sektor teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) dan tenaga boleh baharu dengan nilai keseluruhan pelaburan diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi mencecah RM190.3 bilion dalam tempoh Januari hingga Jun 2025.
1bulan ago
Oleh Saraswathi Muniappan
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) – Lonjakan 35 peratus nilai jenama Tenaga Nasional Bhd (TNB) kepada US$2.3 bilion (US$1 = RM4.22) dalam laporan Energy 100 2025 Brand Finance baru-baru ini menunjukkan keyakinan kukuh pasaran terhadap daya tahan kewangan dan kecekapan operasinya.
1bulan ago
KUCHING, 3 Sept (Bernama) -- Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak baru-baru ini menandakan titik perubahan besar untuk sektor tenaga negeri, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi.
1bulan ago
KUCHING, 3 Sept (Bernama) -- Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju tenaga hijau serantau menerusi projek rintis eksport hidrogen dan perkongsian strategik dengan negara luar, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.