Terdapat 86 berita berdasarkan kata kunci carian "petronas chemicals"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Tetapi Kemudiannya Meningkat

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit tetapi beralih kepada tinggi kemudiannya pada Isnin, didorong oleh sentimen positif aliran masuk dana oleh pelabur asing sepanjang minggu lepas, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Melantun Semula, Indeks Komposit Melonjak 1.63 Peratus

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini pulih daripada penurunan semalam dengan indeks utama melonjak 1.63 peratus, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah, kemasukan semula dana asing dan kebimbangan ketegangan perdagangan yang kian mereda. 

Bursa Malaysia Kekal Momentum Positif Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari, disokong dengan minat belian dalam produk dan perkhidmatan perindustrian serta kaunter perkhidmatan kewangan, menjejaki peningkatan di pasaran serantau.

CLSA Lancar Waran Berstruktur Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- CLSA Securities Malaysia Sdn Bhd (CLSA) hari ini secara rasminya melancarkan waran berstruktur di Bursa Malaysia Securities Sdn Bhd.

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Rabu susulan tekanan jualan bagi saham perkhidmatan kewangan dan perladangan terpilih, di tengah-tengah ekuiti Amerika Syarikat (AS) terus berdepan ketidaktentuan berikutan kemungkinan berlakunya kemelesetan di negara maju itu.

PCG Catat Untung Bersih RM1.175 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) susut kepada RM1.175 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 daripada RM1.696 bilion pada tahun sebelumnya.

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Selasa berikutan penjualan berlaku di kaunter wajaran tinggi, terutama Malayan Banking Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd.

Belian Lewat Saham Perbankan Bantu Bursa Malaysia Hadkan Penurunan

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia ditengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia Hampir Tidak Berubah Pada Tengah Hari, Dipengaruhi Ketidaktentuan Global

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi hampir tidak berubah pada Jumaat, dipengaruhi oleh ketidaktentuan perang perdagangan global dan kemungkinan impaknya terhadap inflasi Amerika Syarikat (AS).

FBM KLCI Lepasi Paras Tertinggi 1,600 Dalam Tempoh Sebulan

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia pulih hari ini untuk mengakhiri pada paras tertinggi dalam tempoh sebulan selepas jualan sesi sebelumnya, dirangsang oleh kenaikan saham wajaran tinggi di tengah-tengah prestasi positif bursa serantau walaupun prestasi bercampur-campur di Wall Street semalaman.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Teruskan Prestasi Positif

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis meneruskan prestasi positifnya dengan aktiviti belian diterajui kaunter produk perindustrian dan pembinaan, kata penganalisis.

Sentimen Elak Risiko Asak Bursa Malaysia Ditutup Susut 0.21 Peratus

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri hari dagangan pertama Februari pada Isnin dengan lebih rendah, diasak sentimen mengelak risiko yang ketara di pasaran susulan tindakan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan tarif baharu.