3bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis selepas mencatatkan kenaikan tiga hari berturut-turut seiring sentimen berhati-hati pelabur menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) bagi Ogos lewat hari ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka dengan mencatat peningkatan kecil hari ini, sekali gus meneruskan aliran kenaikan bagi sesi ketiga berturut-turut dan menjejaki Wall Street yang dipacu oleh harapan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah.
3bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan meningkat sebanyak 0.47 peratus ketika pelabur menumpukan minat ke atas saham-saham syarikat bermodal besar selain seiring prestasi pasaran serantau.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meningkat 0.54 peratus pada tengah hari manakala pasaran secara keseluruhan turut kekal dalam wilayah positif apabila pelabur menjejaki prestasi bursa serantau selepas minggu yang perlahan, dengan menumpukan kepada kaunter terpilih.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, sejajar dengan kenaikan pasaran serantau pada Jumaat lepas.
3bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia menyusut sedikit daripada kenaikan terdahulu tetapi masih ditutup tinggi untuk hari kedua berturut-turut pada Rabu, disokong oleh pembelian kaunter terpilih dalam sektor produk dan perkhidmatan pengguna serta sektor telekomunikasi dan media.
3bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum kenaikannya pada dagangan tengah hari ini susulan aktiviti belian berterusan walaupun pasaran serantau kebanyakannya mencatat prestasi negatif.
3bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti belian lewat di tengah-tengah prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur dan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis.
3bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini dalam dagangan yang kurang menggalakkan walaupun kebanyakan pasaran serantau mencatatkan prestasi positif.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan minggu ini dengan mencatatkan paras rendah, dengan dagangan yang kurang menggalakkan selepas cuti hujung minggu yang panjang.
3bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra harinya hari ini selepas penurunan pada sesi awal, mendapat sokongan daripada minat belian lewat dan pengumuman pendapatan korporat yang kukuh, kata Rakuten Trade Sdn Bhd.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini disebabkan oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi pada sektor kewangan, pengangkutan dan utiliti.